MALAYSIA
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Sesi Penerangan Khas mengenai isu jajaran sempadan Malaysia–Indonesia di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Hasil pengukuran dan penandaan semula sempadan Malaysia dan Indonesia bagi Masalah Sempadan Tertangguh (OBP) di Sungai Sinapad dan Sungai Sesai membolehkan Malaysia memperoleh tambahan kawasan seluas 780 hektar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata tambahan kawasan itu menjadikan Kampung Kabulangalor, Kampung Lepaga dan Kampung Tetagas kini berada dalam wilayah Malaysia.
"Jadi tiga-tiga itu dimasuk ke Sabah, dakwaan berkenaan Malaysia menyerah seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan adalah tidak benar dan penipuan kalau pun tiada niat jahat sama sekali," katanya pada sesi penerangan khas berhubung isu penjajaran sempadan Malaysia-Indonesia di Dewan Rakyat hari ini.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata kerja penandaan dan pengukuran semula OBP Sungai Sinapad dan Sungai Sesai dilaksanakan sehingga Ogos 2022 dan Oktober 2023 dengan jarak muktamad dipersetujui ialah 11,545 kilometer (km).
Bagi OBP Pulau Sebatik, Anwar berkata kerja penandaaan dan pengukuran semula dijalankan dari Februari hingga November 2019 dengan hasil pengukuran jarak muktamad dari East Pillar ke New West Pillar sepanjang 23.842 km.
"Setiap inci tanah dirundingkan, disepakati oleh Kerajaan Sabah sebelum dimuktamadkan dengan Kerajaan Malaysia dan Indonesia. Maka sebab itu, setelah ini dimuktamadkan baru dirujuk ke Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama Indonesia-Malaysia Ke-45 (JIM-45) pada 18 Feb 2025.
"Melalui MoU (Memorandum Persefahaman) dimeterai pada mesyuarat itu, keluasan baharu OBP Pulau Sebatik diperoleh oleh Malaysia adalah sebanyak 0.05 km persegi bersamaan lima hektar dan OBP Sungai Sinapad-Sungai Sesai, Malaysia memperoleh kawasan tambahan seluas 7.8 km persegi bersamaan 780 hektar," kata beliau.
Perdana Menteri berkata keseluruhan kawasan pertikaian di OBP Sungai Sinapad-Sungai Sesai dalam kawasan OBP B2700-B3100 berjumlah 5,987 hektar dan kawasan itu sememangnya berada di kawasan pentadbiran Indonesia
"Kalau lihat peta, kawasan yang daripada awal hak Indonesia tetapi oleh kerana peta itu belum dimuktamadkan, kita tidak bersetuju. Tapi selama ini, sejak 1915 itu tidak dipertikai oleh kerajaan Inggeris dan kerajaan Malaysia.
"Ini yang dikatakan walaupun pada faktanya tidak dimuktamadkan kerana perjanjian itu tidak ditandatangani, walaupun ia menjadi milik dan di bawah pengelolaan kerajaan Indonesia," katanya.
-- BERNAMA

#Anwar Ibrahim
#sempadan Malaysia Indonesia
#tambahan kawasan
#Dewan Rakyat
#Perdana Menteri
#penandaan semula sempadan
#terkini