MALAYSIA
JAKIM anjur majlis bacaan Yasin, solat hajat buat Allahyarham Zara Qairina esok
Pelajar tingkatan satu itu disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Semua masjid dan surau di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan akan mengadakan majlis bacaan Yasin dan solat hajat buat Allahyarham Zara Qairina Mahathir esok selepas solat maghrib.
Ringkasan AI
Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata majlis itu diadakan susulan arahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata JAKIM akan memastikan semua pengurusan masjid melaksanakan arahan itu dengan tertib dan teratur selaras dengan syiar Islam.
"Majlis ini bukan sahaja sebagai doa untuk kesejahteraan buat Allahyarham malah sebagai tanda kasih sayang, solidariti dan keprihatinan kita sebagai umat Islam terhadap ahli keluarga yang sedang diuji," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, seluruh umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan diseru untuk mengambil peluang hadir dan menyertai majlis tersebut di masjid atau surau masing-masing.
"Semoga doa yang dipanjatkan secara bersama ini nanti menjadi sumber kekuatan dan ketenangan, di samping menjadi amal jariah yang berterusan buat Allahyarham," katanya.
Beliau berkata warga JAKIM merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Zara Qairina.
Zara Qairina, 13, adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah.
Pelajar tingkatan satu itu disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas.
Dia ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi 16 Julai lepas.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Semua masjid dan surau di bawah JAKIM serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan akan mengadakan majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk Allahyarham Zara Qairina selepas solat maghrib esok.
- Majlis ini diadakan atas arahan Menteri Hal Ehwal Agama sebagai tanda kasih sayang, solidariti dan doa kesejahteraan buat Allahyarham serta sokongan kepada keluarganya.
- Zara Qairina, pelajar tingkatan satu SMKA Tun Datu Mustapha, meninggal dunia pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran asrama sekolahnya.