MALAYSIA
JAKIM anjur Program Gema Syukur 2026 di Masjid Putra
Ketua Pengarah JAKIM berkata program yang dianjurkan dengan kerjasama 13 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu merupakan kesinambungan daripada Gema Syukur 2025. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Program Gema Syukur 2026 di Masjid Putra, Putrajaya selama dua hari bermula esok, dengan pelbagai pengisian kerohanian bertujuan memupuk semangat kesyukuran dan keprihatinan sosial.
Ketua Pengarah JAKIM Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata program yang dianjurkan dengan kerjasama 13 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu merupakan kesinambungan daripada Gema Syukur 2025, yang menarik penyertaan ribuan peserta dari seluruh negara pada tahun lepas.
"Sambutan memberangsangkan, khususnya daripada golongan muda, membuktikan bahawa pendekatan pengisian kerohanian dan keilmuan semakin diterima sebagai keperluan dalam mendepani perubahan zaman, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan nilai insani secara holistik berteraskan prinsip ihsan, hormat, kesejahteraan dan keyakinan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sirajuddin berkata program yang dilaksanakan bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), MyFundAction dan Du'at Al-Falah, dengan sokongan Perbadanan Putrajaya itu menggambarkan pendekatan "whole of society" dalam memperluas manfaat program kepada masyarakat.
Antara pengisian program termasuk bacaan Yasin dan doa selamat, podcast "Membina Ummah Rahmah", bacaan doa keberkatan awal tahun 2026, Qiamullail, Forum Subuh dan sarapan pagi beramai-ramai.
Selain itu, Sirajuddin berkata sebanyak 100 asnaf akan menerima sumpangan tunai sebanyak RM200 seorang daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), manakala MyFundAction menyumbangkan bakul makanan asas.
"Inisiatif MADANI Membantu ini diharapkan dapat sedikit sebanyak meringankan beban golongan asnaf, di samping menyemai rasa syukur serta memberikan sinar harapan dalam menyambut kehadiran tahun baharu," katanya.
Bagi memastikan keselesaan jemaah dan para peserta, katanya jamuan makanan terbuka turut disediakan melibatkan 10 jenis hidangan dan pengunjung yang hadir juga berpeluang menerima hadiah istimewa sebagai tanda penghargaan penganjur.
Orang ramai terutamanya dari Putrajaya, Kuala Lumpur dan negeri berhampiran, dijemput hadir ke Masjid Putra bermula 3 petang esok hingga 9 pagi, 1 Jan.
-- BERNAMA