awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakim anjur solat hajat mohon kesejahteraan buat Maghribi, Libya, Sudan

Bernama
Bernama
17/09/2023
03:39 MYT
Jakim anjur solat hajat mohon kesejahteraan buat Maghribi, Libya, Sudan
Jakim anjur solat hajat selepas solat Maghrib di tiga masjid utama esok bagi mendoakan kesejahteraan buat Maghribi, Libya, dan Sudan. - Foto AP
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menganjurkan solat hajat selepas solat Maghrib di tiga masjid utama esok iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini bagi mendoakan kesejahteraan buat mangsa gempa bumi di Maghribi dan banjir besar di Libya, serta pendamaian dalam konflik di Sudan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turut diminta untuk melaksanakan solat hajat pada tarikh dan waktu yang sama.
"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengikuti perkembangan laporan oleh agensi media tempatan dan antarabangsa berkenaan tragedi gempa bumi di Maghribi, banjir besar yang melanda Libya termasuk konflik di Sudan.
"Saya dan seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan ucapan takziah buat semua mangsa dan seluruh ahli keluarga serta mendoakan kemudahan dan kelancaran bagi urusan mencari dan menyelamat mangsa khususnya di Maghribi dan Libya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Na'im seterusnya menyeru umat Islam untuk bersama-sama mendoakan kesejahteraan buat seluruh rakyat Maghribi dan Libya serta menghulurkan apa juga bentuk bantuan kepada mangsa-mangsa yang menghadapi ujian susulan bencana tersebut.
"Selain itu, kita juga berdoa supaya segala usaha perdamaian akan berjaya menyelesaikan konflik yang meletus di Sudan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAKIM
#gempa bumi Maghribi
#banjir Libya
#konflik Sudan
#Mohd Na'im Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan