MALAYSIA
Jakim arah masjid, surau adakan solat hajat untuk Masjid al-Aqsa
Solat hajat itu juga bertujuan memohon perlindungan Allah SWT atas segala ujian dan musibah yang dihadapi umat Islam di bumi Palestin. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Semua masjid dan surau di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarah mengadakan solat hajat sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan dan kesejahteraan Masjid al-Aqsa serta rakyat Palestin.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, solat hajat itu juga bertujuan memohon perlindungan Allah SWT atas segala ujian dan musibah yang dihadapi umat Islam di bumi Palestin.
Beliau turut menyeru semua Jabatan Agama Islam Negeri mengambil inisiatif yang sama dengan menganjurkan solat hajat dan doa munajat di seluruh negara.
"Marilah kita, seluruh umat Islam, memperkukuh doa, solidariti dan sokongan moral terhadap perjuangan mempertahankan Masjid Al-Aqsa yang menjadi lambang maruah serta kesucian umat Islam sejagat," katanya.
Mohd Na'im turut menzahirkan rasa dukacita dan kebimbangan terhadap laporan terbaharu media antarabangsa mengenai keadaan Masjid al-Aqsa yang kini berdepan risiko keruntuhan akibat kerja-kerja penggalian agresif oleh rejim Zionis Israel di sekitar dan bawah kawasan Kota Lama Baitulmaqdis.
"Sesungguhnya, Masjid al-Aqsa bukan sekadar bangunan bersejarah, tetapi kiblat pertama umat Islam dan antara tiga masjid suci yang dimuliakan dalam Islam.
"Setiap inci tanahnya adalah lambang tauhid, kesatuan dan maruah umat Islam sedunia. Oleh itu, keselamatan serta kesejahteraannya mesti dipelihara dan dipertahankan," katanya.
Sementara itu, JAKIM dalam kenyataan berasingan memaklumkan solat hajat dan doa munajat di semua masjid dan surau di bawah pengurusan JAKIM dan JAWI akan dilaksanakan selepas Solat Jumaat hari ini.
"Solat hajat dan doa munajat ini akan diadakan secara serentak sebagai manifestasi solidariti dan kebersamaan umat Islam Malaysia dalam mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa serta mendukung perjuangan rakyat Palestin.
"Semoga usaha ini menjadi nyalaan doa yang tidak pernah padam, memperteguh ikatan hati umat Islam di seluruh dunia, dan menjadi asbab turunnya pertolongan Allah SWT untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa serta mengangkat penderitaan rakyat Palestin yang sekian lama dizalimi," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA