MALAYSIA
Jakim dapatkan maklumat terperinci, syarikat bekal makanan tiada sijil halal
Ketua Pengarah Jakim Datuk Sirajuddin Suhaimee berucap pada Majlis Perasmian Seminar Halal dan Fawta (SEHALWA) Peringkat Kebangsaan hari ini. - Foto Bernama
NILAI: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang mendapatkan maklumat terperinci susulan pelantikan syarikat perkhidmatan katering yang tidak mempunyai pensijilan halal bagi membekalkan makanan kepada pesakit di sebuah hospital.
Ringkasan AI
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata ia bagi mencari pendekatan terbaik dan bekerjasama dengan pihak berkaitan, bagi memastikan perkara itu dapat ditangani secara bersama dengan harmoni.
"Mungkin ada kekeliruan, salah faham dan sebagainya, itu yang kita kata sedang dapatkan maklumat lanjut dan akan siasat...kita tidak mahu salahkan mana-mana pihak...Jakim tahu mengenai perkara itu pun selepas diumumkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).
"Kita akan lihat cara terbaik bagi atasi isu lantikan syarikat yang tak ada pensijilan halal, untuk mengusahakan katering di premis termasuk premis kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Halal dan Fatwa (Sehalwa) 2025 anjuran Institut Fatwa dan Halal Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas laporan media semalam berhubung LKAN 2/2025 yang mendedahkan bahawa Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menganugerahkan kontrak katering bernilai RM25.64 juta kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai sijil halal daripada Jakim.
Syarikat yang dinamakan sebagai 0267299-T itu, dianugerahkan kontrak bagi membekalkan makanan kepada pesakit hospital berkenaan selama tiga tahun bermula Februari 2024.
Sirajuddin berkata aspek pemeriksaan pensijilan halal di premis berkenaan, terletak di bawah bidang kuasa pihak berautoriti di agensi tersebut dan Kementerian Kewangan (MOF) telah menetapkan syarat supaya mana-mana pembekal makanan perlu mempunyai pensijilan halal.
"Sebagai contoh, bila nak jalankan seminar atau bengkel di luar pejabat, kena pastikan bahawa penyedia perkhidmatan khususnya berkaitan makanan perlu ada pensijilan halal, itu terkandung dalam peraturan yang dikeluarkan MOF," katanya.
Beliau turut berkata Jakim sedia membantu pembekal makanan untuk mendapatkan pengesahan pensijilan halal, selain mana-mana agensi juga perlu memastikan penyedia perkhidmatan makanan mempunyai sijil halal sebelum dilantik sebagai pembekal.
Sementara itu, beliau berkata Jakim menerima 19,686 permohonan untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) pada tahun lepas, membabitkan 5,650 daripada syarikat Bumiputera dan 13,206 bukan Bumiputera manakala bakinya, milikan asing.
"Memang tidak dinafikan dalam kalangan bukan Bumiputera, industri paling tinggi dalam memperoleh sijil halal bagi memberi keyakinan kepada pengguna Islam...Kita usahakan supaya Bumiputera turut serta mendapatkan sijil halal.
"Syarikat Bumiputera ini mungkin fikir mereka Islam dan Melayu, jadi tak penting sangat untuk dapatkan siji halal. Namun, kesedaran itu perlu dipertingkatkan, Jakim tak pernah menutup ruang dan kita akan terus berusaha supaya industri Bumiputera turut serta mendapatkan SPHM," katanya.
Terdahulu, Sirajuddin dalam ucapannya berkata Malaysia perlu bergerak ke arah pensijilan halal berteraskan digitalisasi, integriti, kemampanan, kecekapan penguat kuasa dan kemampuan menangani isu lintas negara.
"Sehingga kini, pensijilan halal Malaysia sudah diiktiraf di lebih 47 buah negara, merangkumi 85 buah Badan Pensijilan Halal Luar Negara dan kita perlu mempertahankan kredibiliti ini dengan piawaian tinggi serta ketelusan yang tiada kompromi," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Jakim siasat pelantikan syarikat katering tanpa sijil halal di Hospital Canselor Tuanku Muhriz bernilai RM25.64 juta, susulan pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025.
- MOF tetapkan syarat pensijilan halal bagi penyedia makanan di premis kerajaan, dan Jakim sedia bantu pembekal dapatkan sijil halalusaha diperkuat demi menjamin keyakinan pengguna Muslim.
- Malaysia kini diiktiraf di lebih 47 negara melalui 85 badan pensijilan halal luar, dan Jakim menyeru industri Bumiputera agar tingkat kesedaran serta sertai usaha pensijilan halal yang berteraskan digital dan integriti.
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata ia bagi mencari pendekatan terbaik dan bekerjasama dengan pihak berkaitan, bagi memastikan perkara itu dapat ditangani secara bersama dengan harmoni.
"Mungkin ada kekeliruan, salah faham dan sebagainya, itu yang kita kata sedang dapatkan maklumat lanjut dan akan siasat...kita tidak mahu salahkan mana-mana pihak...Jakim tahu mengenai perkara itu pun selepas diumumkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).
"Kita akan lihat cara terbaik bagi atasi isu lantikan syarikat yang tak ada pensijilan halal, untuk mengusahakan katering di premis termasuk premis kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Halal dan Fatwa (Sehalwa) 2025 anjuran Institut Fatwa dan Halal Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas laporan media semalam berhubung LKAN 2/2025 yang mendedahkan bahawa Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menganugerahkan kontrak katering bernilai RM25.64 juta kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai sijil halal daripada Jakim.
Syarikat yang dinamakan sebagai 0267299-T itu, dianugerahkan kontrak bagi membekalkan makanan kepada pesakit hospital berkenaan selama tiga tahun bermula Februari 2024.
Sirajuddin berkata aspek pemeriksaan pensijilan halal di premis berkenaan, terletak di bawah bidang kuasa pihak berautoriti di agensi tersebut dan Kementerian Kewangan (MOF) telah menetapkan syarat supaya mana-mana pembekal makanan perlu mempunyai pensijilan halal.
"Sebagai contoh, bila nak jalankan seminar atau bengkel di luar pejabat, kena pastikan bahawa penyedia perkhidmatan khususnya berkaitan makanan perlu ada pensijilan halal, itu terkandung dalam peraturan yang dikeluarkan MOF," katanya.
Beliau turut berkata Jakim sedia membantu pembekal makanan untuk mendapatkan pengesahan pensijilan halal, selain mana-mana agensi juga perlu memastikan penyedia perkhidmatan makanan mempunyai sijil halal sebelum dilantik sebagai pembekal.
Sementara itu, beliau berkata Jakim menerima 19,686 permohonan untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) pada tahun lepas, membabitkan 5,650 daripada syarikat Bumiputera dan 13,206 bukan Bumiputera manakala bakinya, milikan asing.
"Memang tidak dinafikan dalam kalangan bukan Bumiputera, industri paling tinggi dalam memperoleh sijil halal bagi memberi keyakinan kepada pengguna Islam...Kita usahakan supaya Bumiputera turut serta mendapatkan sijil halal.
"Syarikat Bumiputera ini mungkin fikir mereka Islam dan Melayu, jadi tak penting sangat untuk dapatkan siji halal. Namun, kesedaran itu perlu dipertingkatkan, Jakim tak pernah menutup ruang dan kita akan terus berusaha supaya industri Bumiputera turut serta mendapatkan SPHM," katanya.
Terdahulu, Sirajuddin dalam ucapannya berkata Malaysia perlu bergerak ke arah pensijilan halal berteraskan digitalisasi, integriti, kemampanan, kecekapan penguat kuasa dan kemampuan menangani isu lintas negara.
"Sehingga kini, pensijilan halal Malaysia sudah diiktiraf di lebih 47 buah negara, merangkumi 85 buah Badan Pensijilan Halal Luar Negara dan kita perlu mempertahankan kredibiliti ini dengan piawaian tinggi serta ketelusan yang tiada kompromi," katanya.
-- BERNAMA

#JAKIM
#Laporan Ketua Audit Negara
#syarikat perkhidmatan katering
#tiada sijil halal
#Hospital Canselor Tuanku Muhriz