awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakim didakwa sembunyi status sebenar jantina Sajat

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
20/01/2018
01:10 MYT
Jakim didakwa sembunyi status sebenar jantina Sajat
Jakim masih lagi jalankan proses mengenal pasti identiti Sajat. -Foto sinarharian.com.my
Blogger terkenal Papagomo mendakwa Jakim sebenarnya telah mengetahui bahawa pengusaha kosmetik terkenal Nursajat adalah lelaki hasil pertemuan kedua-dua belah pihak tempoh hari.
Menerusi satu video yang dimuat naik oleh blogger itu, beliau mendakwa Jakim tidak mendedahkan status sebenar Sajat kerana individu itu meminta agar Jakim tidak melakukannya kerana malu jika masyarakat mengetahui status sebenar jantina dirinya.
Papagomo juga mendakwa bahawa dia sendiri telah menerima panggilan daripada Jakim yang mengesahkan bahawa Sajat adalah lelaki namun enggan mendedahkannya kepada umum.
Sebelum ini, Papagomo telah menerbitkan sebuah video menuntut Sajat meminta maaf kepada kaum wanita kerana memalukan mereka dengan kenyataan mengenai datang haid dan mengandung.
Namun, setakat ini masih belum ada sebarang pengumuman secara rasmi oleh JAKIM kepada orang ramai mengenai jantina Sajat.
Bagaimanapun, pihak Jakim menerusi pegawai serta pakar LGBT, Dr Izwan Yusof dengan tegasnya menafikan dakwaan Papagomo yang mengatakan pihak mereka mengesahkan jantina Nur Sajat sebagai lelaki.
Malah, jelasnya, Jakim masih lagi menjalankan beberapa proses untuk mengenal pasti identiti Sajat secara rasmi.
Proses itu dijalankan atas persetujuan bersama dengan tuan empunya badan dan perlu disahkan oleh Pakar Kajian Syariah sebelum mengumumkan keputusan jantina Sajat.
Astro AWANI sedang cuba mendapatkan reaksi balas daripada Jakim berhubung perkara ini.
YouTube Sezzwan 93
Topic Berkaitan
#JAKIM
#lelaki
#Papagomo
#Sajat
#syariah
#video
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan