awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakim komited proses Sijil Pengesahan Halal dalam tempoh 30 hari

Bernama
Bernama
09/01/2024
15:05 MYT
Jakim komited proses Sijil Pengesahan Halal dalam tempoh 30 hari
Jakim berkata pihaknya akan menganjurkan program Halal on Track: Ramadan bagi memberikan pendedahan dan galakan kepada para pengusaha juadah sempena Ramadan. - Gambar fail/itc.gov.my/
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) komited memastikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) diproses dalam tempoh 30 hari, dengan keutamaan pada masa ini diberikan kepada permohonan yang berkaitan Bufet Ramadan.
Jakim dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya mendengar rungutan berbangkit, khususnya pihak pengusaha perkhidmatan juadah sempena Ramadan, dan para pengusaha ketika ini masih mempunyai masa selama dua bulan sebelum ketibaan Ramadan.
"Hebahan dibuat dengan tujuan untuk menarik perhatian, dan menyeru pihak berkaitan supaya membuat persediaan sewajarnya lebih awal," menurut kenyataan itu.
Jakim berkata pihaknya akan menganjurkan program Halal on Track: Ramadan bagi memberikan pendedahan dan galakan kepada para pengusaha juadah sempena Ramadan seperti usahawan hotel, restoran, katering dan peniaga bazar Ramadan untuk membuat permohonan SPHM.
Menurutnya melalui program itu pengusaha boleh mendapatkan khidmat perunding halal secara langsung daripada Jakim, katanya.
Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff sebelum ini dilaporkan berkata pihak yang berhasrat menyediakan perkhidmatan juadah sempena Ramadan akan datang namun masih belum mempunyai SPHM dinasihat untuk membuat permohonan secepat mungkin.
Beliau berkata mengiklan makanan halal dan boleh dimakan oleh orang Islam seperti Bufet, Iftar dan Set Ramadan tanpa memiliki SPHM adalah satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAKIM
#bufet ramadan
#menarik perhatian
#permohonan SPHM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan