awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakim nafi keluar poster tarikh Hari Raya Aidilfitri

Astro Awani
Astro Awani
04/04/2023
07:06 MYT
Jakim nafi keluar poster tarikh Hari Raya Aidilfitri
Tarikh Hari Raya hanya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.- @MyJAKIM Twitter
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1444H/2023.
Jakim menerusi kenyataan hari ini berkata, pihaknya menasihatkan umat Islam di negara ini supaya menghormati proses sebenar penentuan tarikh Hari Raya.
Menurutnya, tarikh Hari Raya hanya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai tangkap layar poster kalendar Islam yang memaparkan tarikh-tarikh penting hari keraian Islam pada tahun ini.
Tangkap layar turut memaparkan beberapa tarikh sambutan seperti Hari Israk Mikraj, Hari Nisfu Syaaban serta Aidilfitri yang dikatakan bakal disambut pada 21 April ini iaitu pada Jumaat.
Poster itu juga didapati memaparkan logo rasmi Jakim dan nama laman rasmi media sosial Jakim iaitu, MyJakim.
Topic Berkaitan
#Hari Raya Aidilfitri
#JAKIM
#raya terkejut
#Puasa 2023
#tarikh hari raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan