GEORGE TOWN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan program-program agama di masjid dan surau menjelang Ramadan dan sambutan Aidilfitri.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi ) JAKIM, Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata, antara yang akan diperincikan adalah berkaitan dengan program qiamullail serta tazkirah sebelum aktiviti-aktiviti itu dilaksanakan di setiap negeri.
Beliau berkata, pengumuman yang dibuat Perdana Menteri baru-baru ini adalah SOP asas yang diputuskan di peringkat Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Bagaimanapun, JAKIM, kata beliau, akan memperhalusi sebelum diumumkan pihak berkuasa agama masing-masing untuk tujuan pelaksanaan.
“Kita akan panjangkan juga beberapa SOP yang lebih terperinci termasuk diperhalusi di peringkat agama negeri termasuk pelaksanaan program-program sepanjang Ramadan dan menjelang Aidilfitri,” kata Sirajuddin.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran program Multaqa Murabbi Ummah Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini, pada Rabu.
Majlis disempurnakan Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman merangkap Yang Dipertua Majlis Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Sementara itu, mengulas mengenai pelaksanaan solat Tarawih sama ada lapan atau 20 rakaat pula, Sirajuddin berkata, perkara itu tertakluk pada kebenaran pihak berkuasa agama negeri.
Ahmad Zakiyuddin dalam pada itu berkata, Pulau Pinang akan mula melaksanakan solat tanpa penjarakan fizikal berkuatkuasa 1 April ini.
Kelonggaran itu, jelas beliau, termasuk membenarkan kanak-kanak bawah 12 tahun hadir ke masjid dan surau.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan aktiviti solat jemaah di masjid, surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal bermula 1 April ini.
Keputusan itu dibuat susulan Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula bulan hadapan.
Bagaimanapun, pelaksanaan dan SOP akhir untuk masjid, surau ia tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri dan untuk rumah ibadat selain Islam, tertakluk kepada Kementerian Perpaduan serta Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Mar 23 2022
Antara yang akan diperincikan berkaitan program qiamullail serta tazkirah sebelum aktiviti-aktiviti itu dilaksanakan di setiap negeri, kata Datuk Sirajuddin Suhaimee.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Perluas industri halal Malaysia melangkaui pensijilan - PM
Perdana Menteri berkata industri ini mempunyai potensi yang besar dengan nilai dagangan halal dunia mencecah berbilion dolar.
Banjir: Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat esok
Kesemua masjid berkenaan akan mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan susulan bencana banjir, esok selepas solat Jumaat.
PM Anwar mahu Malaysia jadi negara MADANI yang hidupkan penghayatan roh Islam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dikenali sebagai negara MADANI yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, tetapi dalam masa yang sama menghidupkan penghayatan roh Islam.
Tingkat keharmonian masyarakat agenda penting Kementerian Perpaduan - Saraswathy
Meningkatkan keharmonian masyarakat merupakan satu daripada agenda penting ditetapkan dalam hala tuju Kementerian Perpaduan Negara (KPN) selaras dengan agenda nasional membangun Malaysia MADANI.
JAKIM kaji penyelarasan waktu bekerja guru KAFA Perdana
JAKIM telah selesai mengadakan sesi libat urus bersama agensi berkepentingan di peringkat Persekutuan dan negeri.
JAKIM salur RM119 juta untuk selenggara, naik taraf institusi pendidikan Islam
Peruntukan khas RM120 juta dengan siling RM150 juta itu diperuntuk secara "one-off" oleh Kementerian Kewangan untuk JAKIM tahun ini.
Tujuh modul dibangunkan untuk pulih akidah pengikut GISB - Mohd Na'im
Sebanyak tujuh modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) sedang dibangunkan oleh jawatankuasa khas yang kini berada di peringkat akhir.
JAKIM rekod lebih 300,000 aduan kekeluargaan, masalah akhlak tertinggi
Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merekodkan sebanyak 378,815 kes aduan kekeluargaan bagi tempoh 2021 hingga 2023.
Ukraine anggap Malaysia pintu masuk ASEAN bagi kerjasama UAV
Ukraine menganggap Malaysia sebagai pintu masuk bagi memperluas kerjasama dalam segmen pesawat kawalan jauh (UAV) dan dron di rantau ASEAN, kata Timbalan Menteri Ekonomi Ukraine Taras Kachka.
Anugerah Halal Dunia perkukuh kedudukan Malaysia raih peluang di pasaran global - HDC
Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia 2023 (WHEA 2023) meletakkan negara di landasan kukuh untuk meraih peluang pasaran halal global yang dianggar mencecah US$5 trilion menjelang 2030.