MALAYSIA
JAKIM rangka model undang-undang atasi ketidakseragaman perundangan Islam negeri
Sirajuddin berucap pada Majlis Media bersama JAKIM di Putrajaya, 23 Jan 2026. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang merangka model undang-undang bagi mengatasi ketidakseragaman perundangan peringkat negeri yang memberi kesan kepada masyarakat Islam.
Ringkasan AI
Ketua Pengarahnya Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata antara isu utama yang dikenal pasti akibat ketidakseragaman undang-undang ialah pelantikan peguam syarie, yang ketika ini terhad untuk hanya beramal di negeri masing-masing mengikut watikah lantikan.
Sebagai contoh, beliau berkata kes tuntutan nafkah melibatkan pasangan suami isteri bercerai yang berada di negeri berbeza menimbulkan kesukaran kerana peguam syarie tidak dibenarkan beramal merentas negeri.
"Kalau suami di Kelantan, isteri di Johor, peguam syarie Johor tidak boleh beraksi di mahkamah Kelantan. Ini menyukarkan masyarakat dan menambah kos kerana terpaksa melantik dua peguam," katanya pada sesi temu bual khas bersama media, di sini semalam.
Sehubungan dengan itu, beliau berkata pihaknya sedang mengusahakan penggubalan satu klausa dalam enakmen negeri bagi membolehkan pengiktirafan rentas negeri terhadap peguam syarie yang telah ditauliahkan.
Sirajuddin berkata inisiatif untuk membangunkan model bagi menyeragamkan undang-undang Islam di peringkat negeri itu mendapat sokongan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) serta perkenan Majlis Raja-Raja.
Beliau menjelaskan bahawa model berkenaan tidak akan mengambil alih kuasa agama yang terletak di bawah bidang kuasa negeri, sebaliknya bertujuan menjamin kepentingan ummah.
"Proses pembangunan model ini satu pencapaian penting dalam diplomasi perundangan kerana berjaya mengharmonikan pandangan antara peringkat Persekutuan dan pihak berkuasa agama negeri," katanya.
Selain itu, beliau berkata antara model undang-undang yang turut dibangunkan JAKIM meliputi hal kekeluargaan, hibah dan pentadbiran Islam.
"Kita akan menghasilkan lebih banyak model undang-undang yang boleh dijadikan contoh oleh negeri-negeri bagi tujuan pelaksanaan dan penggubalan undang-undang peringkat negeri," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- JAKIM merangka model undang-undang atasi ketidakseragaman undang-undang peringkat negeri yang kesan masyarakat Islam.
- Ketidakseragaman undang-undang menyukarkan pelantikan peguam syarie merentas negeri, menimbulkan kesukaran dalam kes tuntutan nafkah antara pasangan bercerai di negeri berbeza.
- Usaha JAKIM membangunkan model undang-undang Islam mendapat sokongan MKI serta Majlis Raja-Raja, tanpa mengambil alih kuasa agama negeri, bertujuan memastikan kepentingan ummah.