PUTRAJAYA:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menyediakan pelan tindakan khusus untuk menangani isu daging seludup yang tidak berlogo dan diiktiraf, bagi memastikan kegiatan itu tidak berlaku di negara ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata pihaknya akan mengadakan satu perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada 5 Jan ini bagi menjayakan pelan berkenaan.
Menurutnya fokus perbincangan bertujuan menyelaras tindakan berdasarkan bidang kuasa masing-masing, langkah-langkah yang perlu diambil bagi menangani isu ini, serta Pelan Tindakan Bersepadu berhubung pengimportan dan produk daging.
Beliau berkata pelan tindakan itu akan turut menyentuh isu-isu atau masalah yang dihadapi oleh pengimport dan pengedar, serta memberi penjelasan mengenai keperluan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pengimportan dan pengedaran.
"Selain itu, perbincangan meja bulat juga akan diadakan antara pengimport dan pengedar daging serta produk daging, dengan KPDNHEP, MAQIS dan JKDM pada 11 Jan," menurutnya dalam satu kenyataan di sini.
"Jakim juga menggalakkan permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) melalui skim Logistik (Pergudangan) dan mensyaratkan pemegang sijil mendapatkan bekalan daging dari pengimport atau pengedar yang telah dipersijilkan halal di bawah skim logistik (pergudangan)," menurutnya.
Menerusi pelan tindakan itu juga, Abdul Aziz berkata Jakim akan mempromosikan Badan Pensijilan dan Logo Halal Luar Negara yang diiktirafnya, dan menurutnya sehingga hari ini, 84 badan pensijilan halal luar negara di 46 buah negara telah diiktiraf.
"Dengan ini, pengguna boleh mengenal pasti logo-logo halal luar negara yang diiktiraf Jakim pada label bungkusan produk import yang dijual di pasaran; dan pengimport mudah mengenal pasti produk yang ingin diimport masuk ke Malaysia bagi mengelak kerugian dan keraguan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata lawatan ke rumah sembelihan dan pusat pengumpulan daging import akan terus dipergiatkan bagi memastikan isu daging haram tidak berterusan.
"SOP terbaru dengan penambahbaikan sedia ada akan dimuktamadkan pada Januari depan," katanya dan menambah pihaknya berharap industri daging import dan tempatan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 29 2020
Pelan tindakan itu akan turut menyentuh isu-isu atau masalah yang dihadapi oleh pengimport dan pengedar. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Persidangan Ulama Sedunia dijadualkan pada 7 dan 8 Mei - Fahmi
Muslim World League akan menganjurkan Persidangan Ulama Sedunia di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
MKI tubuh empat jawatankuasa bagi perkasa pengurusan hal ehwal Islam
Empat jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Islam, Muzakarah, Perundangan Islam dan Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan.
Jakim teliti guru KAFA guna pelajar sebagai kandungan TikTok
Sebarang aktiviti yang membabitkan pembelajaran dan pengajaran melibatkan guru dan murid harus memberi fokus kepada silibus sedia ada.
Adegan 'panas' drama 'Perempuan Itu': Pas sokong penuh tindakan JAKIM
Pas menyokong penuh penentangan keras JAKIM terhadap penyiaran video sedutan drama "Perempuan Itu" berbaur lucah yang tular di media sosial baru-baru ini.
Adegan panas: Jakim panggil Zul Ariffin, produksi drama 'Perempuan Itu'
Jakim akan memanggil produksi drama Perempuan Itu termasuk pelakonnya Zul Ariffin serta Siti Hariesa berkait adegan 'panas' yang bercanggah dengan agama dan budaya hidup masyarakat di negara ini.
Jakim kaji kemungkinan guru KAFA belum vaksin dikecuali pengajaran bersemuka
Guru-guru KAFA dinasihat ambil vaksin COVID-19 demi keselamatan semua pihak khususnya golongan murid.
Bantuan kepada rakyat Palestin dipergiat menerusi program Musa'adah 3.0 - Zulkifli
Pengagihan bantuan untuk rakyat Palestin di Malaysia dan yang berada di Palestin akan dipergiat di bawah program Musa'adah 3.0.
Jakim pandang serius iklan promosi judi, seru masyarakat tidak tularkan klip video
Jakim menyeru seluruh masyarakat khususnya umat Islam agar tidak menularkan klip iklan Hari Raya promosi judi yang tular di media sosial kerana ia boleh memberikan kesan yang tidak baik.
Datuk Abdul Aziz Jusoh dilantik Ketua Pengarah JAKIM
Pelantikan itu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Paimuzi Yahya yang meninggal dunia pada 8 Oktober tahun lalu.
Jakim sedia pelan tindakan tangani isu daging seludup
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menyediakan pelan tindakan khusus untuk menangani isu daging seludup yang tidak berlogo dan diiktiraf.