awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40,000 al-Quran dihantar ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana hari ini
Bank Islam lantik Raja Teh Maimunah sebagai CEO kumpulan
Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAKOA guna laluan udara hantar bakul makanan kepada Orang Asli mulai Januari

Bernama
Bernama
22/12/2025
21:15 MYT
JAKOA guna laluan udara hantar bakul makanan kepada Orang Asli mulai Januari
Menurut JAKOA, operasi itu dijangka bermula 5 Jan dengan menggunakan khidmat Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, tertakluk kepada keadaan cuaca.
GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman yang terjejas akibat Monsun Timur Laut sehingga terputus hubungan darat akan menerima bantuan bakul makanan melalui penghantaran udara bermula bulan depan.
Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Kelantan dan Terengganu Mohd Faedzyal Mohamed berkata operasi itu dijangka bermula 5 Jan dengan menggunakan khidmat Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, tertakluk kepada keadaan cuaca.
Beliau berkata misi berkenaan akan melibatkan kira-kira 900 ketua isi rumah Orang Asli di beberapa pos pedalaman termasuk Pos Balar, Pos Gob, Pos Bihai dan Pos Belatim yang terkesan akibat banjir, tanah runtuh serta kerosakan jalan.
Menurut Mohd Faedzyal, penghantaran melalui udara diperlukan berikutan laluan darat ke penempatan terbabit sukar dilalui susulan hujan berterusan yang menjejaskan infrastruktur jalan.
Mohd Faedzyal berkata sebelum ini JAKOA turut menyalurkan bantuan makanan melalui jalan darat kepada 49 keluarga melibatkan 230 penduduk di lima kampung sekitar Kampung Gawen, Pos Gob apabila keadaan laluan masih boleh diakses.
"Kami memahami kesukaran dihadapi masyarakat pedalaman apabila laluan rosak menyukarkan pergerakan keluar masuk dari pos masing-masing dan berharap bantuan ini dapat meringankan beban mereka," katanya di sini pada Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAKOA
#Orang Asli
#Bakul Makanan
#laluan udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan