awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan Batang Melaka-Gemencheh ditutup untuk semua kenderaan akibat banjir kilat

Bernama
Bernama
16/11/2024
22:30 MYT
Jalan Batang Melaka-Gemencheh ditutup untuk semua kenderaan akibat banjir kilat
Fadhil menasihatkan pengguna untuk menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Gemas-Tampin dan Jalan Mantai-Air Kuning Selatan-Sungai Dua untuk ke destinasi masing-masing. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Jalan Batang Melaka-Gemencheh di Tampin ditutup untuk semua kenderaan akibat banjir kilat pada paras hampir satu meter di kawasan itu berikutan hujan lebat sejak petang semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tampin Fadhil Hassan berkata dua laluan di kawasan berkenaan turut dinaiki air disebabkan paras air semakin meningkat setakat 9 malam tadi.
"Laluan tersebut ditutup kira-kira 7.30 malam tadi, ia berbahaya untuk dilalui oleh kenderaan ketika ini. Punca banjir kilat ini disebabkan hujan lebat dan limpahan air sungai.
"Kita juga sedang memantau premis kedai dan kediaman yang terjejas susulan banjir ini," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Sehubungan itu, beliau berkata pengguna dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Gemas-Tampin dan Jalan Mantai-Air Kuning Selatan-Sungai Dua untuk ke destinasi masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#laluan alternatif
#Tampin
#Jalan Batang Melaka-Gemencheh di Tampin ditutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan