MALAYSIA
Jalan Burma dibuka semula selepas kerja pembaikan siap
Jalan Burma kini telah dibuka sepenuhnya dan selamat untuk digunakan orang awam. - Foto MBPP
GEORGE TOWN: Jalan Burma yang terjejas akibat mendapan tanah kini dibuka sepenuhnya selepas kerja pembaikan siap awal pagi tadi, menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Datuk A. Rajendran.
Beliau berkata kerja berkenaan selesai sepenuhnya pada 4 pagi sebelum laluan utama itu dibuka semula kepada orang awam
"Sehubungan itu, Jalan Burma kini telah dibuka sepenuhnya dan selamat untuk digunakan orang awam," katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini.
Beliau berkata Jalan Burma terjejas akibat kejadian mendapan tanah yang berlaku pada Ahad lepas, sekitar jam 9 pagi, apabila paip berdiameter 300milimeter (mm) milik Indah Water Konsortium (IWK) pecah secara tiba-tiba hingga menyebabkan kerosakan serius pada permukaan jalan serta gangguan trafik.
IWK pada Isnin lepas turut mengesahkan mendapan tanah itu berpunca daripada saluran pembetungan yang runtuh akibat pergeseran sambungan paip, yang boleh berlaku secara mengejut di bawah beban berat dan bukan disebabkan oleh aset uzur seperti yang didakwa.
IWK turut mengesahkan saluran paip yang dikenal pasti dan didakwa sebagai daya utama sebenarnya terletak di hulu mendapan itu dan keruntuhan melibatkan paip berdiameter 525 mm.
Semalam, Rajendran turut memaklumkan bahawa paip pembetungan yang bocor telah diganti sepenuhnya dan penutup lubang najis baharu telah dipasang awal pagi Rabu
-- BERNAMA