MALAYSIA
Jalan di KL ditutup secara berperingkat
LANCAR: Aliran trafik di sekitar Puduraya lancar pada jam 2.30 petang.
Kebanyakan laluan di sekitar Kuala Lumpur terpaksa ditutup dan lencongan secara berperingkat mulai 9.45am.
Laluan terpaksa ditutup akibat kemasukan para perserta Himpunan Kebangkitan Rakyat atau juga dikenali sebagai Himpunan Shamsidar anjuran pembangkang sehingga menyebabkan kesesakkan lalulintas.
Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor memaklumkan penutupan dibuat secara berperingkat mengikut arahan pihak atasan.
Ini kerana kehadiran peserta yang semakin bertambah untuk mengelakkan kesesakkan lalulintas.
Antara jalan yang terlibat adalah Jalan Seremban menuju Kuala Lumpur menerusi Jalan Istana Baru, Jalan Sungai Besi susur Bulatan Sungai Besi dari arah Seremban-Kuala Lumpur, Bulatan Sungai-Besi-Bulatan Pudu-Jalan Pasar, Jalan Kajang-Bulatan Sungai Besi, Chan Sow Lin dan Jalan Tun Razak.
Senarai jalan-jalan yang terlibat;
1. Seremban - KL / Jalan Istana Baru
2. Jalan Sungai Besi / Susur Bulatan Sungai Besi Dari Arah Seremban - KL
3. Bulatan Sungai Besi
4. Jalan Sungai Besi / Bulatan Pudu
5. Bulatan Pudu / Jalan Pudu
6. Bulatan Pudu / Jalan Pasar
7. Jalan Kajang / Bulatan Sungai Besi
8. Chan Sow Lin / Jalan Tun Razak
9. Cochrane / Jalan Tun Razak (Jalan Pasar)
10. Jalan Tun Razak / Kondo Ezora
Namun ramai pemandu yang melaporkan bahawa aliran trafik mula kembali lancar melalui laman sosial Twitter (@kltrafficupdate and @kltraffic)
Ikuti laporan Astro Awani untuk berita selanjutnya.