MALAYSIA
Jalan Gua Musang-Jeli siap dibina dengan kos RM4.1 juta - JKR
Menurut JKR Kelantan, kerja-kerja menyelenggara dan membaik pulih jalan runtuh, yang berpunca daripada pembetung rosak mula dilaksanakan pada 9 Feb lepas.
GUA MUSANG: Laluan di Kilometer 35 Jalan Gua Musang-Jeli yang runtuh akibat mendapan tanah pada tahun lepas kini telah siap dibina sepenuhnya dengan kos RM4.1 juta, kata Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan Nik Badlihisham Nik Ismail.
Beliau berkata kerja-kerja menyelenggara dan membaik pulih jalan runtuh, yang berpunca daripada pembetung rosak mula dilaksanakan pada 9 Feb lepas.
"Kerja-kerja ini menggunakan kaedah meletakkan lapisan batu berketumpatan tinggi di kaki cerun, isian batu kerikil sebagai tambak, pembinaan semula permukaan jalan dan bahu jalan serta kerja-kerja berkaitan yang lain telah selesai pada 25 Sept lepas," katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata infrastruktur berkenaan dibina lengkap dengan sistem saliran dan keselamatan yang lebih baik daripada sebelumnya.
"Kami tengok pembetung yang digunakan untuk menggantikan pembetung berusia lebih 30 tahun yang rosak, sistem perparitan dan pengaliran air cukup sistematik.
"Saya amat berterima kasih kepada pihak JKR kerana dapat menyiapkan jalan baharu kerana laluan ini antara laluan yang sering berlaku kejadian hakisan dan pergerakan tanah," katanya ketika ditemui di Kampung Jerek di sini.
Pengguna jalan raya Mohammad Hazerel Ashraf Hazelan, 32, berkata pembinaan jalan baharu yang menjadi laluan utama penduduk kampung ke bandar Gua Musang dan Jeli sangat memuaskan, terutama ketika musim tengkujuh.
"Jalan baharu ini dilengkapi ciri keselamatan seperti penghadang dan pemantul yang berguna pada waktu malam. Kami amat berpuas hati kerana laluan ini lebih selesa untuk kereta, motosikal serta kenderaan berat seperti bas, lori dan treler," katanya.
Seorang penduduk Azmi Ariffin, 47, dari Kampung Jerek Tengah pula berkata sebelum ini pengguna terpaksa melalui jalan sementara yang tidak bertar dan bertanah merah selama hampir 10 bulan untuk ke Jeli, Tanah Merah dan Rantau Panjang.
"Jalan ini amat diperlukan oleh penduduk Kampung Jerek, Kampung Meranto, Kampung Dalam Lah dan Kampung Atas Bukit. Kami berterima kasih kepada JKR, wakil rakyat dan pihak terlibat yang menyegerakan pembinaannya," katanya.
Pada 29 Nov tahun lepas, media melaporkan lebih 3,000 penduduk di lapan kampung di sekitar mukim Jerek di sini terjejas apabila Jalan Gua Musang-Jeli yang menjadi penghubung utama mereka rosak akibat mendapan tanah dan tanah runtuh.
Berikutan itu pengguna jalan raya terpaksa menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan Jelawang-Sungai Sam untuk ke Gua Musang yang memakan masa lebih lama dan jarak lebih jauh daripada biasa sebelum lencongan sementara siap dibina.
-- BERNAMA