awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan Kuantan-Segamat dibuka semula petang ini - Polis

Bernama
Bernama
04/01/2021
12:43 MYT
Jalan Kuantan-Segamat dibuka semula petang ini - Polis
Jalan Kuantan-Segamat ditutup mulai 10 pagi Jumaat lepas, selepas berlaku tanah runtuh di dua lokasi. - Bernama
KUANTAN:Jalan Kuantan-Segamat di Pekan, dekat sini, yang ditutup sejak Jumaat lepas ekoran tanah runtuh di dua lokasi, dibuka semula petang ini, kata Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Razli Mohd Yusof.
Bagaimanapun, pembukaan itu hanya melibatkan satu lorong di kedua-dua lokasi kejadian iaitu Kilometer (KM) 63 serta KM73 dan orang ramai diminta mematuhi arahan petugas bagi memastikan kelancaran aliran trafik.
"Mereka juga dinasihatkan untuk berhati-hati sepanjang perjalanan memandangkan buat masa ini, jalan basah dan cuaca masih hujan di lokasi," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Jalan Kuantan-Segamat ditutup mulai 10 pagi Jumaat lepas, selepas berlaku tanah runtuh di dua lokasi terlibat yang merupakan sebahagian daripada kawasan pembinaan projek menaik taraf Jalan Persekutuan dari Gambang, Kuantan hingga Segamat, Johor fasa satu.
Runtuhan dipercayai berlaku akibat hujan berterusan seharian yang mengakibatkan kewujudan lubang besar di bahu jalan KM63 manakala aliran air yang deras menyebabkan berlakunya mendapan merentangi kedua-dua lorong di KM73.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jalan tutup
#banjir
#dibuka semula
#Jalan Kuantan-Segamat
#Pekan
#tanah runtuh
#satu lorong
#Pahang
#banjir pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan