TANAH MERAH: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan, masalah jalan luar bandar dan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kelantan jika dimenangi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), akan diberi perhatian khusus.
Beliau berkata sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah janji tersebut mampu dilaksanakan, sekiranya rakyat Kelantan memilih BN-PH, 12 Ogos nanti.
"Datuk Adhan kalau mene (menang) jumpa ambo (saya). Abe jaga luar bandar jalan berlube (berlubang) minta, rumah PPRT nak baiki bagi tahu, rumah daif bagi tahu.
"Ini bukan janji pilihan raya, ini betul-betul janji," kata Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO di Majlis Ramah Mesra di Kampung Lawang, di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi BN Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan penyandang kerusi DUN Bukit Bunga Datuk Adhan Kecik.
Bukit Bunga merupakan satu daripada lapan kerusi DUN yang dimenangi BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.
Namun kerusi BN hanya tinggal tujuh, selepas ADUN Air Lanas Datuk Seri Mustapa Mohamed bertindak keluar UMNO dan menyertai Bersatu.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata PRN kali ini merupakan waktu terbaik buat rakyat Kelantan untuk menukar kerajaan negeri, yang sudah 33 tahun mentadbir.
"Ini kali yang terbaik untuk kita ambil alih kerajaan negeri Kelantan dari PAS, insya-Allah kali ini kita akan berikan perkhidmatan yang terbaik, untuk seluruh negeri Kelantan.
"Insya-Allah masalah air, kalau ada tunggakan air kerajaan akan hapuskan hutang itu, tebatan banjir akan dibina supaya Kelantan kurang mengalami banjir lagi," katanya.
Beliau berkata manifesto BN-PH yang dilancarkan baru-baru ini, menyediakan pelbagai insentif kepada Kelantan sekiranya gabungan itu dipilih sebagai kerajaan negeri, 12 Ogos nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023
Ahmad Zahid berkata sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah janji tersebut mampu dilaksanakan, sekiranya rakyat Kelantan memilih BN-PH, 12 Ogos nanti. - Foto Facebook/Zahid Hamidi
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Jalan luar bandar lebih baik jika pilih Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah janji tersebut mampu dilaksanakan, sekiranya rakyat Kelantan memilih BN-PH, 12 Ogos nanti.
RECODA pantau projek pembangunan bermasalah, pastikan ia berjalan lancar - Uggah
Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) akan terus memantau rapat status projek pembangunan di Sarawak termasuk perkembangan projek yang dikategorikan bermasalah.
Bajet 2022: Kerajaan peruntuk RM2.5 bilion untuk projek luar bandar
Sebahagian besar peruntukan iaitu RM1.5 bilion disediakan untuk pembangunan infrastruktur luar bandar Sabah dan Sarawak