awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan, premis tidak boleh dinamakan dengan nama orang yang masih hidup - Raja Perlis

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
23/08/2022
08:58 MYT
Jalan, premis tidak boleh dinamakan dengan nama orang yang masih hidup - Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan bertitah merasmikan Kompleks Jabatan Penyiaran Negeri Perlis di Kangar yang kini dinamakan sebagai Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra. - Gambar Astro AWAN
KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mengingatkan orang ramai agar tidak menamakan jalan-jalan, bangunan, masjid dan sekolah dengan nama orang yang masih hidup.
Titah baginda, keputusan itu telah dibuat dan dipersetujui Kabinet ketika tempoh baginda menjadi Yang Di-Pertuan Agong yang ke-12 pada 2001 sehingga 2006.
Bagaimanapun, titah Tuanku Syed Sirajuddin, hanya nama Raja-Raja sahaja dibenarkan bagi urusan berkenaan.
"Jadi ingatkan kalau seseorang nak bubuh (letakkan) nama jalan, masjid dan sebagainya, misalnya seorang itu nama Bakar Awang, dia nak bubuh (letakkan) nama jalan (dengan nama) dia, (itu) tidak boleh, kena dia mati dulu baru boleh, (dimana) orang yang (masih) hidup itu perkenan nama dia, baru dia (boleh) bubuh (letakkan) nama dia,
"(Ini semua) kena faham yang itu, senang sahaja, cuma yang dibenarkan adalah nama Raja-Raja, keputusan ini dibuat dengan bersebab oleh Kabinet pada masa itu, jadi saya berasa elok saya peringatkan rakyat yang dengar maklumat ini untuk masa depan," titah baginda.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah demikian ketika menyempurnakan perasmian Kompleks Jabatan Penyiaran Malaysia Perlis, di sini, pada Selasa.
Dalam titahnya, baginda menzahirkan harapan agar Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyegerakan peruntukan menaik taraf infrastruktur komunikasi di Perlis melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Perlis (PKENPs) yang bertindak sebagai pelaksana projek berimpak tinggi di Perlis.
Titah baginda, peruntukan naik taraf insfrastruktur digital ini amat penting buat Perlis bagi mewujudkan ruang peningkatan ekonomi sektor pertanian, kesihatan, pendidikan, pembuatan, peruncitan dan perkhidmatan di Perlis.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, semua pihak tidak harus mengetepikan mana-mana segmen dan sentiasa berusaha memaparkan kehidupan masyarakat yang harmoni dalam konteks Keluarga Malaysia.
"Walaupun terdapat persamaan di dalam bangsa dan adat di antara Perlis dan negara jiran, terdapat perbezaan yang menjadi identiti Keluarga Malaysia.
“Perkara ini perlu sentiasa dipaparkan dalam penyiaran bagi meraikan perbezaan dengan cara yang harmoni serta dalam masa yang sama meningkatkan perpaduan di kalangan rakyat kita sendiri," titah baginda lagi.
Topic Berkaitan
#nama jalan
#Premis
#Raja Perlis
#Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan