Penduduk sekitar Jemaluang meminta pihak yang terbabit supaya segera membaik pulih laluan yang terlibat dengan jalan runtuh di KM16 Jalan Jemaluang-Mersing di sini.
Tinjauan Astro AWANI di lokasi mendapati jalan tersebut tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan kerana retakan melibatkan kedua-dua hala.
Penduduk Tenggaroh 6, Mohd Kassim Yusoff berkata laluan ini adalah jalan utama yang menghubungkan penduduk dengan bandar Mersing.
Katanya, perjalanan dari Jemaluang ke Mersing hanya mengambil masa 20 minit tetapi akibat kejadian ini, penduduk terpaksa mengikut jalan alternatif Jalan Jemaluang-Jalan Nitar Utama yang mengambil masa hampir satu jam.
"Memang susah kerana jarak perjalanan sudah berganda-ganda. Saya pula kena pergi buat rawatan dialisis tiga kali seminggu, kini terpaksa mengikut jalan jauh kerana tiada alternatif lain," katanya.
BACA: Kereta jatuh gaung akibat jalan runtuh, warga emas cedera
Bagi penduduk Jemaluang, Lee Ah Chong berharap pihak bertanggungjawab tidak mengambil masa yang lama untuk membaiki jalan terbabit.
Katanya, mereka boleh menggunakan jalan alternatif untuk tempoh dua atau tiga hari tetapi bukan untuk tempoh yang lama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Supt Cyril Edward Nuing menggesa orang awam supaya mematuhi nasihat jalan raya yang telah dikeluarkan.
"Saya ingin menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi tanda-tanda jalan dan bagi elakkan kemalangan, pandu dengan berhati-hati. Elakkan daripada memerhati atau melengahkan perjalanan di jalan alternatif yang ada," katanya.
Dalam kejadian 2.30 pagi pada Isnin, berlaku kejadian tanah runtuh di jalan utama Jemeluang-Mersing yang melibatkan kedalaman cerun 15 meter dengan keluasan 70 meter.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki berumur 60 tahun cedera ringan apabila kereta yang dipandunya masuk ke dalam gaung akibat tanah runtuh.
Astro Awani
Mon Jan 15 2018
Keadaan jalan runtuh di KM16 Jalan Jemaluang-Mersing pagi tadi. - Astro AWANI
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Jalan runtuh Mersing: 'Laluan alternatif terlalu jauh' - Penduduk
Penduduk Jemaluang berharap pihak bertanggungjawab tidak mengambil masa yang lama untuk membaiki jalan terbabit.