MALAYSIA
Jalan sekitar Ipoh ditutup, dilencong sempena Hari Pahlawan

Abang Zainal Abidin menasihatkan orang ramai supaya rancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan laluan yang terlibat, patuh papan tanda dan arahan polis serta gunakan laluan alternatif yang disediakan. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Beberapa jalan raya utama di sekitar Ipoh akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat bagi memberi laluan kepada raptai dan sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak 2025, minggu hadapan.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata raptai sambutan Hari Pahlawan akan diadakan Selasa (29 Julai) dan Rabu (30 Julai) depan, bermula 7.30 pagi hingga 10 pagi.
Beliau berkata jalan yang sama akan turut ditutup untuk sambutan Hari Pahlawan pada Khamis (31 Julai) bermula 7.30 pagi dan dijangka ditutup selama satu jam.
"Penutupan jalan ini dilaksanakan bagi memberi laluan kepada istiadat rasmi melibatkan keberangkatan Duli-Duli Tuanku serta individu kenamaan (VVIP), bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya sepanjang program berlangsung," katanya dalam kenyataan hari ini.Abang Zainal Abidin berkata antara jalan yang terlibat dengan penutupan dan lencongan ialah Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab (Medan Kid) akan dilencong ke Jalan St. John dan jalan S.P. Senivasagam.
"Jalan S.P Senivasagam akan dilencongkan ke arah Medan Kid, Jalan Raja Musa Aziz ke Jalan Kuala Kangsar, Jalan Tun Abdul Razak ke Jalan Raja Musa Aziz serta Jalan Kuala Kangsar ke Jalan Raja Musa Aziz.
"Jalan Sultan Iskandar dari arah bulatan MB (Menteri Besar) merupakan laluan pergerakan VVIP dan akan menggunakan hala bertentangan apabila memasuki Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab (hadapan KTM/Masjid Negeri/Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak," katanya.
Abang Zainal Abidin menasihatkan kepada orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan laluan yang terlibat sepanjang waktu program, mematuhi papan tanda serta arahan anggota polis yang bertugas dan menggunakan laluan alternatif yang disediakan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami