IPOH: Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 di sini masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan kerana masalah cerun akibat hujan lebat berterusan.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta dalam notis pemberitahuan melalui laman Facebook rasminya berkata pemeriksaan oleh Cawangan Pakar pada Rabu mendapati keadaan cerun masih belum selamat untuk dilalui kenderaan sehingga kerja-kerja pembersihan runtuhan tanah dijalankan sepenuhnya.
"Notis penutupan ini disambung bermula Rabu sehingga ke tarikh yang akan dimaklum kelak.
Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT059 Jalan Tapah-Cameron Highlands untuk jalan perhubungan sementara. Kesulitan amatlah dikesali," kata JKR Daerah Kinta dalam kenyataan itu pada Rabu.
Katanya pengguna jalan raya diingatkan untuk merancang perjalanan dan mematuhi arahan papan tanda keselamatan di tapak serta pihak berwajib.
Pada 2 Dis lepas, dua maut selepas kenderaan dinaiki iaitu Toyota Alphard dan sebuah lori tertimbus dalam runtuhan tanah menyebabkan laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 15 2021
Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan. - Foto fail/BERNAMA
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Penunggang motosikal maut digilis lori ketika konvoi ke Cameron Highlands
Seorang penunggang motosikal maut digilis di bahagian kepala dalam kejadian kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
Kemalangan maut: 'Ira sempat belikan saya strawberi, jagung di Cameron Highlands' - Ibu mangsa
Nor Asikin Ahmad berkata perkhabaran duka itu diterimanya sekitar tengah hari melalui mesej daripada kumpulan WhatsApp penduduk Taman Jerai Indah Emas di Gurun, Kedah.
Ibu, bayi maut, dua kereta bertembung di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
Seorang wanita bersama bayinya yang berusia tiga bulan maut dalam kemalangan dua kereta di Kilometer 34 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
Runtuhan kuari: MB Perak sangkal dakwaan abai kebajikan keluarga mangsa
Saarani menyangkal dakwaan bahawa kerajaan negeri mengabaikan bantuan kebajikan kepada keluarga dua mangsa yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan kuari.
Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands masih ditutup, belum selamat untuk semua kenderaan
Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.
Viral limpahan air di Simpang Pulai-Cameron Highlands insiden lama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ketika dihubungi Bernama di sini lewat malam tadi berkata beliau dimaklumkan insiden itu berlaku pada tahun 2014.
Gambar hakisan cerun di Smpang Pulai yang viral, gambar lama
Jabatan itu menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya berkata gambar yang dirakamkan di FT185 Seksyen 44 jalan berkenaan adalah imej pada hujung tahun 2014.