NABAWAN: Bukan saja makanan dicatu malah ada penduduk terpaksa bergantung dengan ubi kayu bagi menggantikan nasi selepas terputus bekalan makanan selama hampir sebulan susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku di sepanjang laluan perkampungan di Pensiangan di sini.
Wakil Ketua Anak Negeri Pensiangan Mantoi Angkayang, 61, berkata, kejadian tanah runtuh berlaku pada 5 September lalu merupakan situasi terburuk terpaksa dihadapi penduduk di sekitar kawasan itu.
"Jalan putus menyebabkan penduduk tidak dapat keluar membeli bekalan makanan terutama beras dan makanan kering.
"Laluan lain seperti sungai agak bahaya untuk dilalui selain mengambil masa sehingga tujuh jam dengan menaiki bot untuk ke Nabawan.
"Sejak jalan terputus, penduduk terpaksa catu makanan dan mencari yang ada di sekitar kampung untuk bertahan selama beberapa minggu," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pensiangan, di sini pada Rabu.
Jelasnya lagi, penduduk juga sukar mendapatkan makanan dari kebun masing-masing berikutan laluan untuk ke kebun turut tidak boleh dilalui.
"Kebun penduduk jauh, saya sendiri tidak boleh keluar ke kebun untuk memetik hasil.
"Malah hasil pertanian juga tidak boleh dikeluarkan dan dijual disebabkan jalan masih tidak dapat dilalui," jelasnya.
Dalam pada itu, Mantoi bersyukur kerana bantuan bekalan makanan untuk penduduk di kawasannya disalurkan menerusi misi kemanusiaan yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi ke Pensiangan.
Sebelum itu, misi kemanusiaan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan badan bukan kerajaan (NGO) daripada Force of Love (FOL) membawa kira-kira 11 tan bekalan makanan untuk disalurkan kepada penduduk di sekitar Pensiangan.
Penghantaran bekalan makanan kali ini menggunakan helikopter jenis Mi-171 milik JBPM dan juga helikopter AW 139 milik PDRM. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 28 2023

Usaha menyalurkan bekalan makanan untuk penduduk di perkampungan sekitar Pensiangan dilakukan menerusi misi kemanusiaan oleh pelbagai agensi. - Gambar/ Sinar Harian
Data & Statistik: Prestasi semasa FTSE Bursa Malaysia KLCI – 4 Disember 2023
Jiwa SME: Automasi merancakkan perniagaan tembusi pasaran luar negara
Bertam Best, kopi pra campuran, diasaskan 17 tahun lalu dan kini diterajui oleh Mohd Zaki Zakaria. Produk ini kini berjaya menembusi pasaran global termasuk Singapura, Brunei, dan Lubnan, dan merancang untuk memasuki Indonesia, Filipina, dan pasaran Asia Barat.
Niaga hadapan MSM dijangka diniagakan rendah minggu ini
Harga niaga minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives turun disebabkan inventori tinggi, dengan stok Malaysia 2.4 juta tan metrik dan Indonesia lebih dari lima juta tan metrik. Harga MSM tempatan bercampur-campur, dipengaruhi oleh pasaran serantau dan perubahan harga minyak kacang soya di CBOT.
Data ekonomi Amerika Syarikat akan tentukan kedudukan ringgit minggu ini
Pasar pertukaran asing dijangka berhati-hati minggu ini dengan fokus kepada data penting seperti Laporan NFP AS dan kadar pengangguran. Pakar meramalkan Ringgit berdagang dalam julat RM4.67 hingga RM4.68 berbanding Dolar AS menjelang mesyuarat FOMC.

Setel menghadapi masalah teknikal disebabkan trafik penebusan eMADANI
Pengguna Setel turut terjejas, membuatkan mereka tidak boleh menggunakan perkhidmatan dompet digital berkenaan.
Data & Statistik: Prestasi semasa nilai ringgit Malaysia – 4 Disember 2023

PBSNT tuntut skuad Penyu lebih fokus
Beliau yakin skuad Penyu telah membuat persiapan terbaik untuk menghadapi JDT yang dilihat sebagai pasukan pilihan.
AWANI Ringkas: Pengenalan kepada dasar gaji progresif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IKRM 2022: Realiti kesejahteraan ekonomi rakyat
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkongsi pandangan berkenaan laporan IKRM 2022 serta unjuran ekonomi 2024.

eMADANI tidak boleh ditebus tunai, waspada 'scammer' - MOF
Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan 'scam' dan sekali gus hilang kredit mereka.

JBPM rancang tempatkan helikopter di Sabah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam perancangan untuk proses perolehan helikopter untuk ditempatkan di Sabah.

Jalan terputus: Penduduk catu makanan, makan ubi kayu ganti nasi
Bukan saja makanan dicatu malah ada penduduk terpaksa bergantung dengan ubi kayu selepas terputus bekalan makanan selama hampir sebulan susulan kejadian tanah runtuh di Pensiangan.

Nabawan pulih daripada banjir, mangsa dibenar pulang ke rumah
Semua 187 orang daripada 51 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Nabawan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah paras air di daerah itu menyurut.

187 orang dipindahkan akibat banjir di Nabawan
Semua mangsa dipindahkan ke PPS Gereja SIB Salarom Baru yang dibuka pukul 12.30 tengah malam tadi.

Majlis perkahwinan cetus kluster baharu COVID-19 di Sabah
Satu kluster baharu COVID-19 telah dikesan di Kampung Lima, Nabawan yang tercetus dari sebuah majlis perkahwinan.

Misi bawa vaksin COVID-19 ke pedalaman Nabawan bermula
Sebanyak 400 vaksin dibawa masuk ke kawasan pedalaman pada Jumaat untuk diberikan kepada lebih 20 buah kampung di Pensiangan, di Nabawan, Sabah.

PKPD di 3 buah kampung di Hulu Besut, Terengganu dan sebuah kampung di Nabawan, Sabah
Kampung yang terlibat adalah Kampung Belaoh, Kampung PPRT Belaoh Baru dan Kampung Keruak, Mukim Hulu Besut, Terengganu dan Kampung Murni C, Nabawan, Sabah

PKPD di dua lokaliti di Nabawan dilanjutkan - Ismail Sabri
Sejumlah 322 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan dan masih terdapat kes positif baharu dilaporkan.

Nabawan dikenakan PKP, PKPD di beberapa lokaliti Felda di Maran - Ismail Sabri
Ia adalah susulan peningkatan kes yang dicatatkan di kawasan berkenaan.

Tindakan segera warden berjaya halang penularan COVID-19 di asrama sekolah
Tindakan seorang warden asrama mengasingkan pelajar-pelajar bergejala, berjaya menghalang berlakunya penularan COVID-19, apabila mereka akhirnya disahkan positif.