awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan utama Tanah Tinggi Lojing-Cameron Highlands selamat digunakan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
05/12/2021
02:30 MYT
Jalan utama Tanah Tinggi Lojing-Cameron Highlands selamat digunakan
Pihak polis sentiasa membuat pemerhatian terutamanya melibatkan cerun-cerun yang tinggi di sebelah Lojing dan sekitarnya. - Foto Astro AWANI
GUA MUSANG: Jalan utama menghubungkan Tanah Tinggi Lojing di sini dengan Cameron Highlands di Pahang masih selamat digunakan semua kenderaan pada musim tengkujuh ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo, agensi berkaitan giat memantau kawasan cerun yang berisiko mengalami kejadian tanah runtuh, bagi mengelak insiden tidak diingini.
Katanya, setakat ini, anggotanya turut membuat rondaan di kawasan Lojing bagi memastikan tahap keselamatan pengguna jalan itu.
"Pihak polis sentiasa membuat pemerhatian terutamanya melibatkan cerun-cerun yang tinggi di sebelah Lojing dan sekitarnya.
"Polis juga memerlukan bantuan daripada orang awam dan penduduk sekitar, sekiranya mengesan runtuhan tebing terutamanya, silalah maklum kepada pihak polis dengan kadar segera.
"Ia supaya kita boleh maklumkan kepada pihak berkenaan untuk ambil tindakan pemulihan atau penutupan jalan.
"Setakat ini, di daerah Lojing, cerun-cerun yang menunjukkan kelonggaran struktur tanah tersebut buat masa ini, masih belum terkesan," katanya.
Awal tahun ini, laluan di Kilometer 92 Jalan Gua Musang-Lojing mengalami kerosakan dalam kejadian tanah runtuh sehingga struktur jalannya terputus.
Bagaimanapun, ia kemudiannya dibaik pulih Jabatan Kerja Raya (JKR) dan dibuka kepada semua kenderaan untuk perjalanan ke Cameron Highlands atau Ipoh, Perak.
Topic Berkaitan
#Cameron Highlands
#Gua Musang
#Tanah Tinggi Lojing
#selamat digunakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan