awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jam tangan mewah Leica ZM 1 Gold Limited Edition dijual pada harga RM130,000

Amanz
Amanz
02/12/2023
05:33 MYT
Jam tangan mewah Leica ZM 1 Gold Limited Edition dijual pada harga RM130,000
Leica ZM 1 Gold Limited Edition baharu dilancarkan dengan gabungan bahan emas 18k 4N dan Titanium Grade 5. -Amanz
BIARPUN dikenali sebagai sebuah syarikat kamera terkenal ternyata Leica turut menghasilkan jam tangan mewah tersendiri.
Terbaharu Leica ZM 1 Gold Limited Edition baharu telah dilancarkan dengan gabungan bahan emas 18k 4N dan Titanium Grade 5.
Perkara tersebut bukan sahaja menjadikannya mempunyai rupa yang menarik dan ketahanan luar biasa.
Dalam masa sama pengenalannya bagi meraikan semula produk edisi emas pertama mereka iaitu kamera Leica IA Luxus yang dilancarkan pada tahun 1929.
Turut disertakan ialah tombol kawalan waktu, tarikh dan zon masa pada sisi kanan bersama bulatan merah yang mengambil inspirasi daripada butang kamera Leica.
Selanjutnya tali pula diperbuat daripada kulit buaya yang dijahit menggunakan tangan dengan pilihan warna kelabu-coklat.
Leica ZM 1 Gold Limited Edition hanya dijual dalam jumlah yang terhad di kedai tertentu yang terletak di Germany, Switzerland, Austria, France, Spain, Portugal, UK, USA, China, Japan, Singapore, Korea, Hong Kong, United Arab Emirates dan Australia.
Harga jualan pula ialah AS$28,000 (sekitar RM130,788) seutas. -Amanz
Topic Berkaitan
#Leica
#jam tangan mewah
#Leica ZM 1 Gold Limited Edition
#Leica IA Luxus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan