awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jamal tiba di KLIA petang ini

Sinar Harian
Sinar Harian
05/07/2018
03:50 MYT
Jamal tiba di KLIA petang ini
Jamal akan dibawa ke Mahkamah Ampang untuk proses pertuduhan. - Gambar fail
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos dijangka tiba petang ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Indonesia.
Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad.
"Jamal dijangka tiba pada jam 2.15 petang ini di KLIA.
"Kemudian Jamal akan dibawa ke Mahkamah Ampang untuk proses pertuduhan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Semalam, sepasukan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dihantar ke Indonesia bagi membawa Jamal pulang.
Isnin lalu, Jamal telah ditahan Polis Indonesia pada jam 6.15 petang di Jakarta.
Pada 25 Mei lalu, Jamal, 48, yang sedang menjalani rawatan sakit belakang dilaporkan menghilangkan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri sebelum disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang datang ke hospital itu pada jam 5.30 petang.
Jamal yang juga merupakan Ketua Gerakan Baju Merah sebelum ini didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Fadzil Ahmad
#Indonesia
#Jamal Yunos
#KLIA
#mahkamah
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan