awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jamaluddin akan pertahan kerusi DUN Behrang

Nabihah Hamid
Nabihah Hamid
10/04/2013
23:30 MYT
Jamaluddin akan pertahan kerusi DUN Behrang
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi, yang ikut bertanggungjawab mencetuskan krisis perlembagaan Negeri Perak empat tahun lalu sehingga membawa kepada jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat, berhasrat mahu mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.
Katanya, beliau akan bertanding sebagai calon bebas sekiranya tidak mendapat tawaran untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional.
"Saya tetap akan bertanding di DUN Behrang. Kalau Barisan Nasional nak bagi (tiket bertanding), saya tanding. Kalau tidak, saya tetap akan menggunakan tiket bebas," katanya kepada Astro Awani.
Tambah Jamaluddin, beliau akan ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Perak di Ipoh Jumaat ini, untuk mengambil borang penamaan calon.
Jamaluddin pernah bertanding dua kali di kerusi DUN Behrang yang terletak dalam kawasan Parlimen Tanjung Malim dalam pilihan raya umum sebelum ini sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dalam pilihan raya 2004, beliau tewas kepada calon Barisan Nasional daripada MIC, R Apalanaidu dengan majoriti 3,748 undi.
Pada tahun 2008, Jamaluddin menang dengan majoriti 1,027 undi mengalahkan Datuk M.Ramasamy yang merupakan calon MIC.
Bagaimanapun, kira-kira 11 bulan selepas itu, Jamaluddin bersama ADUN Changkat Jering, Osman Mohd Jailu dan ADUN Jelapang, Hee Yit Fong mengisytiharkan diri sebagai ADUN Bebas yang menyokong BN.
Tindakan mereka menyebabkan berlakunya krisis perlembagaan di Perak yang berlarutan sehingga turun naik mahkamah. Kemuncaknya, Mahkamah Persekutuan dalam keputusan sebulat suara pada 10 Mei 2010 memutuskan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar kerajaan BN yang sah.
Jamaluddin sebelum ini pernah juga didakwa di mahkamah berhubung skandal rasuah yang melibatkan projek pembangunan tanah bernilai RM180juta di Seri Iskandar, Ipoh, hampir lima tahun lalu.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 6 Februari lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan beliau bersama dua yang lain.
Behrang mempunyai hampir 23,000 pengundi dengan 51 peratus pengundi Melayu, Cina 21 peratus dan India 12 peratus.
Topic Berkaitan
#ADUN Bebas
#Behrang
#Perak
#PRU-13
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan