BERA: Jambatan Guai di Kampung Seberang Guai di sini, diharap dapat memangkin ekonomi masyarakat tempatan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kementerian itu akan terus proaktif dalam agenda pembangunan masyarakat desa bagi meningkatkan kesejahteraan hidup mereka secara menyeluruh.
"Saya berharap dengan tersedianya jambatan ini, ia dapat memangkin ekonomi masyarakat tempatan dan seterusnya dapat menghubungkan masyarakat di daerah ini untuk kemudahan pelbagai kegiatan kemasyarakatan," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Jambatan Guai di sini hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian itu, selain turut berkenan jambatan itu dinamakan sebagai Jambatan Al-Sultan Abdullah.
Jambatan bernilai RM98.5 juta yang merentasi Sungai Pahang sepanjang 770 meter dan jalan tuju sepanjang 799 meter itu siap pada 30 Nov 2021, selepas kelulusan projek diperoleh pada 2016.
Projek tersebut sepatutnya siap setahun lebih awal, bagaimanapun mengalami sedikit kelewatan kerana banjir dan Perintah Kawalan Pergerakan semasa pandemik COVID-19.
Jambatan itu yang menghubungkan dan memudahkan penduduk sembilan kampung yang terpisah oleh Sungai Pahang, juga dapat memendekkan perjalanan untuk ke bandar Bera kepada 20 minit berbanding satu jam setengah menggunakan laluan biasa.
Selain itu, ia juga menjadi laluan alternatif kepada penduduk Bera untuk ke Temerloh dan Kuantan.
Bagi tujuan penyelenggaraan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memaklumkan jambatan itu diserahkan kepada kerajaan negeri Pahang untuk disenggara di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).
KKDW juga memaklumkan terdapat 32 projek jalan luar bandar sedang dilaksanakan di Pahang melibatkan kos RM2.15 bilion dengan lima daripadanya adalah projek yang dilaksanakan di Bera.
Kerajaan Persekutuan melalui KKDW telah meluluskan peruntukan pembangunan berjumlah RM406 juta kepada Pahang pada 2023 untuk melaksanakan 127 projek pembangunan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (dua, kiri) berkenan menyempurnakan gimik perasmian Jambatan Guai hari ini. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (29 November 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis - 30 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Runtuhan gudang: Titijaya akan jalankan siasatan menyeluruh
Titijaya Land Berhad (Titijaya) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu selepas operasi mencari dan menyelamat selesai.

Sabah alu-alukan keputusan UK tukar nasihat perjalanan ke negeri itu
Kerajaan Sabah mengalu-alukan keputusan United Kingdom (UK) menukar nasihat perjalanannya bagi warga British yang melancong ke negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

COP28: Agong, Raja Permaisuri adakan lawatan khas ke UAE
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan mengadakan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mulai hari ini hingga 4 Dis depan.

Risiko pembesaran prostat lebih tinggi bagi individu 50 tahun ke atas - Pakar
Individu berusia 50 tahun keatas berisiko lebih tinggi menghidapi penyakit pembesaran prostat berbanding golongan lebih muda.
AWANI Ringkas: Operasi SAR runtuhan gudang tamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sokongan antarabangsa untuk Palestin meningkat, terbongkar Israel tidak bermaruah - Pensyarah USIM
Dunia ketika ini menyaksikan peningkatan sokongan kepada negara dan rakyat Palestin yang terus dibantai oleh Israel.

Takaful Malaysia perkenal Kad Perubatan Digital Kaotim
Takaful Malaysia melancarkan platform digital Kaotim dalam usaha menawarkan pengalaman lebih mesra pelanggan dan selamat pada Rabu.

Runtuhan gudang: CIDB lakukan siasatan terperinci
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sedang menjalankan siasatan awal dan terperinci berhubung kejadian projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas dekat sini, yang r

Lelaki dikhuatiri hilang terjun jambatan
Seramai 10 anggota terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat yang bermula pada jam 4.37 petang.