awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jambatan Bagan Datuk dibuka hari ini

Bernama
Bernama
01/06/2023
03:10 MYT
Jambatan Bagan Datuk dibuka hari ini
Jambatan Bagan Datuk sepanjang kira-kira 1.5 kilometer dilaporkan akan menjimatkan masa penduduk untuk ke pekan berdekatan iaitu hanya 15 minit berbanding sejam menggunakan laluan sebelum ini. - Foto BERNAMA
BAGAN DATUK: Jambatan Bagan Datuk melibatkan laluan dari Bagan Datuk ke Kampung Sejagop dibuka hari ini.
Acara simbolik pelancaran itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan pelepasan pasukan penunggang basikal dan motosikal berkuasa besar di jambatan tersebut jam 9.40 pagi tadi.
Terdahulu, Ahmad Zahid melancarkan laluan baharu bas henti-henti Bas Ekspres MARA Liner Sdn. Bhd. (MLSB) (Laluan Bagan Datuk) di pekarangan Masjid Tuminah Hamidi di sini.
Sebelum ini dilaporkan, jambatan sepanjang kira-kira 1.5 kilometer itu yang menghubungkan kawasan Parlimen Pasir Salak dan Bagan Datuk akan menjimatkan masa penduduk untuk ke pekan berdekatan iaitu mengambil masa hanya 15 minit berbanding sejam menggunakan laluan sebelum ini.
Jambatan menyeberangi Sungai Perak itu dilihat dapat membantu pembangunan ekonomi kedua-dua kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#jambatan bagan datuk
#bas henti-henti
#Parlimen Pasir salak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan