awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jambatan Batu Pahat bergegar dihentam tongkang hanyut

Astro Awani
Astro Awani
27/09/2015
05:18 MYT
Jambatan Batu Pahat bergegar dihentam tongkang hanyut
Jambatan Batu Pahat, di Jalan Peserai, di sini bergegar apabila dihentam sebuah tongkang hanyut dari muara Sungai Batu Pahat, kira-kira jam 7.30 pagi. - Foto Bomba
Jambatan Batu Pahat, di Jalan Peserai, di sini bergegar apabila dihentam sebuah tongkang hanyut dari muara Sungai Batu Pahat, kira-kira jam 7.30 pagi.
Kejadian yang melibatkan tongkang sepanjang kira-kira 20 meter itu telah mengakibatkan struktur jambatan berkenaan retak dan kini strukturnya dalam pemeriksaan pihak yang berkaitan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd Khalid, Saif Ab Rahim dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima makluman daripada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) mengenai kejadian tersebut pada jam 7.51 pagi.
Katanya, pihaknya terus bergegas ke lokasi dengan kekuatan enam anggota dan satu jentera bagi memastikan keselamatan pengguna dengan bantuan daripada pasukan polis.
"Buat masa ini kita tidak boleh berbuat apa-apa...kita terpaksa menunggu air di Sungai Batu Pahat surut dahulu baru tindakan untuk menunda kapal berkenaan boleh dilakukan.
"Daripada pemeriksaan awal, struktur jambatan berkenaan didapati mengalami keretakan dan kita sedang menunggu siasatan lanjut daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR), sama ada ianya selamat digunakan atau sebaliknya," katanya.
Jambatan Batu Pahat
Jambatan Batu Pahat
Kejadian yang melibatkan tongkang sepanjang kira-kira 20 meter itu telah mengakibatkan struktur jambatan berkenaan retak dan kini strukturnya dalam pemeriksaan pihak yang berkaitan. - Foto Bomba
Jambatan Batu Pahat
Jambatan Batu Pahat
Tongkang hanyut yang menghentam jambatan Batu Pahat - Foto Bomba
Topic Berkaitan
#bomba
#Jambatan Batu Pahat
#tongkang hanyut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan