Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka dibuka kepada umum pada akhir Februari depan setelah kerja-kerja sistem tol Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan pengujian tahap keselamatan fizikal jambatan itu siap.
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata sistem tol PLUS itu perlu dinaik taraf terlebih dahulu kerana pengguna dikehendaki membayar tol semasa keluar dari lebuh raya dan sebelum memasuki jambatan berkenaan.
"Kita masih lagi melakukan penambahbaikan dan akan membuka jambatan ini apabila sistem terbukti berjalan dengan baik selain disahkan selamat diguna oleh orang ramai," katanya kepada pemberita selepas melawat jambatan itu di sini Khamis.
Beliau berkata pembinaan fizikal jambatan itu telah mencapai tahap 99.9 peratus dan plaza tol jambatan berkenaan adalah yang terbesar di negara ini dengan 28 kiosk bayaran.
Kerajaan masih belum memutuskan kadar tol yang akan dikenakan, katanya.
Jambatan sepanjang 24 kilometer iaitu 17 km di atas laut dan tujuh KM di atas darat, direka dengan mengutamakan kelestarian alam.
Projek kerajaan persekutuan dengan kos RM4.5 bilion itu adalah jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan dijangka dapat mengurangkan 25 peratus kesesakan trafik di Jambatan Pulau Pinang.
Menjawab isu berlainan, Fadillah berkata semua 29 lebuh raya di negara ini mempunyai tempoh konsensi yang berbeza dengan tempoh kadar tol disemak semula antara tiga dan lima tahun, bergantung kepada perjanjian konsesi.
Bernama
Thu Dec 12 2013
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof meninjau projek penswastaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, pada Khamis. -- fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Banjir: Kerajaan perlu RM392 bilion laksana RTB di kawasan berisiko - Fadillah
Kerajaan memerlukan peruntukan RM392 bilion bagi melaksanakan 365 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di kawasan risiko banjir.
AI perlu diguna lebih meluas dalam pembangunan bandar raya - Fadillah
Teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu digunakan dengan lebih meluas dalam pengurusan bandar raya.
Hujan lebat berterusan, air pasang besar punca Kelantan, Terengganu banjir teruk - Fadillah
Banjir besar yang berlaku di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu ketika ini berpunca daripada hujan lebat luar biasa yang berterusan.
Mesyuarat bincang pembangunan infrastruktur sempadan Malaysia-Indonesia Disember ini - Fadillah
Perincian mengenai pembangunan infrastruktur di sepanjang sempadan Malaysia melibatkan Sarawak dan Sabah dengan wilayah Kalimantan, Indonesia akan menjadi antara agenda mesyuarat Disember ini.
PETRA anjur sesi libat urus pertama bersama media, fahami peranan
Fadillah berkata sesi bersama pengurusan tertinggi dan pegawai PETRA adalah julung kali dianjurkan sejak kementerian itu diwujudkan.
NWICE 2024: Platform penting pengurusan sumber air mampan negara
NWICE 2024 menjadi platform dalam memangkin kepada pembangunan teknologi hijau dalam sektor air, selaras dengan agenda kelestarian negara.
Pemaju diminta tingkat guna tenaga alternatif, utama biodiversiti - TPM Fadillah
Kerajaan meminta pihak berkepentingan, terutama pemaju perumahan untuk beralih kepada tenaga alternatif seperti solar dan mengutamakan kepentingan biodiversiti.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Kerajaan MADANI komited tambah baik perkhidmatan demi masa depan rakyat - Fadillah
Kerajaan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua pihak dan memastikan kepentingan setiap kumpulan komuniti terjaga.