Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup sementara Jumaat ini

Bernama
Disember 18, 2023 05:05 MYT
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan ditutup sempena acara berbasikal 'PDRM 2nd Bridge 2023 Solidarity Fun Ride'. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) atau turut dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang akan ditutup sementara bermula 10 malam Jumaat (22 Dis) hingga 3 pagi Sabtu (23 Dis) ini.
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) iaitu Pemegang Konsesi JSAHMS dalam kenyataan memaklumkan jambatan itu akan ditutup sempena acara berbasikal 'PDRM 2nd Bridge 2023 Solidarity Fun Ride'.
"Bagaimanapun JSAHMS akan dibuka dan beroperasi seperti biasa selepas tamat acara berbasikal tersebut dan sehubungan itu, JKSB menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan PulauPinang sebagai jalan alternatif serta mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan," menurut kenyataan itu.
Pengguna boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1-300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau bantuan kecemasan.
-- BERNAMA
#Jambatan Kedua Pulau Pinang #ditutup sementara #Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah #acara berbasikal