Kajian kebolehlaksanaan projek pembinaan jambatan yang menghubungkan Labuan dengan tanah besar Borneo, khususnya Sabah, kini di peringkat akhir, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata satu kertas jemaah menteri sedang disiapkan kementeriannya bersama Kementerian Kerja Raya bagi mendapat kelulusan untuk membuat Permohonan Cadangan (RFP) bagi membina jambatan itu.
"... Labuan mempunyai kedudukan yang strategik dan boleh diangkat kepada satu kedudukan yang lebih tinggi sesuai dengan kedudukannya sebagai sebahagian daripada Wilayah Persekutuan (WP)," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Mengulas mengenai dasar perumahan awam di Kuala Lumpur, Annuar berkata kementeriannya telah meminta agar dasar perumahan yang khusus untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digubal semula supaya mempunyai perancangan yang lebih rapi.
Kementerian, katanya, telah menyasarkan pembinaan 80,000 unit rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan (WP) dan berharap projek itu dapat disiapkan menjelang 2028.
"Sehingga Jun lepas, sebanyak 57,799 unit bagi 93 projek telah dikeluarkan perintah pembangunan bagi membina rumah kepada warga WP iaitu di Kuala Lumpur sebanyak 54,111 unit, WP Putrajaya sebanyak 2,908 dan WP Labuan sebanyak 780 unit.
"Daripada jumlah itu sebanyak 15,431 unit rumah di 26 projek telah siap dibina dengan jumlah lebih 24 peratus, sementara 27,332 unit rumah di 37 projek masih dalam pembinaan," katanya.
Sementara itu, Annuar berkata sehingga 30 Jun lepas, jumlah permohonan berdaftar dan masih aktif di bawah sistem e-perumahan DBKL adalah sebanyak 35,141 permohonan dan daripada jumlah itu, sebanyak 1,080 pemohon telah diluluskan dan mereka sedang disemak taraf pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Beliau berkata pihaknya turut memberi jaminan akan mewartakan tanah di Taman Tugu untuk kekal sebagai taman awam.
"Kita telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan syarat nyata tadi iaitu tanah pada kategori bangunan diubah selari dengan apa yang telah diputuskan oleh kerajaan ia harus menjadi taman awam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 05 2020
Annuar berkata sehingga 30 Jun lepas, jumlah permohonan berdaftar dan masih aktif di bawah sistem e-perumahan DBKL adalah sebanyak 35,141 permohonan. -Gambar fail
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Kerajaan Brunei nafi penglibatan projek Trans Borneo Railway
Kerajaan Brunei Darussalam mengesahkan tidak pernah menawarkan ataupun melantik mana-mana syarikat tempatan mahupun luar negeri untuk mengendalikan projek kereta api laju Trans Borneo Railway
Projek kereta api berkelajuan tinggi, Sabah belum terima maklumat rasmi
Kerajaan Sabah belum menerima sebarang pemakluman rasmi mengenai dakwaan sebuah syarikat dari Brunei yang mengumumkan pelaksanaan projek rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Borneo.
Penggambaran di Borneo perlu dapatkan permit daripada kerajaan negeri - Finas
Walaupun produksi mempunyai lesen yang telah dikeluarkan Finas, mereka tertakluk mengikut peraturan yang telah ditetapkan negeri berkenaan.
Insentif pengeluaran getah November 2022 diaktifkan di Semenanjung, Sabah & Sarawak
Harga purata peringkat ladang bagi 'cup lump' atau getah sekerap pada November 2022 berada pada RM2.20 sekilogram bagi Semenanjung.
Pasca PRU15: Calon TPM dari Borneo perlu wakili etnik majoriti - Penganalisis
Menjadi satu pengiktirafan besar sekiranya suara etnik Iban atau Dayak dapat diangkat menerusi wakil mereka di peringkat pusat.
Lima perkara menarik anda patut terokai di Kuching, Sarawak
Dengan sekatan dan prosedur tertentu untuk ke luar negara, ini peluang terbaik untuk para pencinta alam sekitar untuk melancong di dalam negara - terutama di Kuching, Sarawak.
Fly2Campus bantu pelajar dapatkan penerbangan pulang ke kampus
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang ingin pulang ke kampus digalakkan menggunakan aplikasi Fly2Campus' yang telah disediakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Kepulauan Borneo, pasaran baharu luaskan pemasaran produk
Tidak hanya menumpukan kepada pasaran di Semenanjung Malaysia, pasaran di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan juga mempunyai potensi besar dengan menawarkan kelebihan yang menguntungkan.
Ahli etnografi kelahiran Sarawak, Benedict Sandin diraikan Google
Beliau merupakan anak Sarawak pertama menjadi kurator Muzium Sarawak.
Ikan laga spesies Betta nuluhon ditemukan di Sabah
Ikan laga yang baru ditemukan ini biasanya terdapat di sungai cetek dengan aliran air yang jernih di barat Sabah.