MALAYSIA
Jambatan Orang Utan, inisiatif konservasi sawit Kinabalu di Sungai Pin
Pembinaan jambatan itu adalah sebahagian daripada inisiatif konservasi berterusan Sawit Kinabalu. - Gambar hiasan
SANDAKAN: Jambatan Orang Utan yang dibina di Kawasan Konservasi Sungai Pin (SPnCA) bukan sekadar tarikan pelancongan, malah berperanan penting sebagai struktur penghubung hidupan liar di kawasan konservasi berkenaan.
Dibina oleh Unit Konservasi dan Biodiversiti (CBU) Sawit Kinabalu, jambatan itu menjadi satu-satunya laluan bagi hidupan liar untuk bergerak antara dua blok ladang dalam SpnCA yang berkeluasan 2,632 hektar.
Eksekutif Kanan (Konservasi dan Biodiversiti) Sawit Kinabalu Rashidah Maqbool Rehman berkata pembinaan jambatan berkenaan mencerminkan komitmen syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu dalam memulihara biodiversiti di Kinabatangan.
"Setakat ini, tiga jambatan telah dibina bagi memudahkan Orang Utan merentasi Sungai Pin. Penggunaan jambatan itu juga agak tinggi berdasarkan rakaman perangkap kamera yang dipasang di jambatan pertama dan kedua, sekali gus mengurangkan konflik antara hidupan liar dan pekerja ladang," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.
Beliau berkata berdasarkan pemantauan dianggarkan kira-kira 50 Orang Utan direkodkan menerusi perangkap kamera berkenaa, namun jumlah itu tidak boleh dianggap bilangan sebenar populasi kerana kemungkinan haiwan yang sama dirakam lebih daripada sekali, maka analisis terperinci data perlu dijalankan.
Rashidah berkata pembinaan jambatan itu adalah sebahagian daripada inisiatif konservasi berterusan Sawit Kinabalu, selain usaha penanaman semula pokok di sepanjang 27 kilometer tebing Sungai Pin sebagai zon penampan riparian yang dimulakan sejak awal 2000 dengan kerjasama Tabung Alam Sedunia (WWF) dan Jabatan Perhutanan Sabah.
Selain Orang Utan, jambatan berkenaan turut memberikan manfaat kepada hidupan liar lain seperti monyet belanda, kera atau macaque berekor panjang, sekali gus membuktikan keberkesanan struktur itu sebagai laluan selamat merentasi habitat yang terpisah.
Beliau berkata lebih daripada sekadar sebuah jambatan, struktur kecil itu menjadi simbol keseimbangan antara pembangunan dan pemuliharaan alam.
Ia sekali gus membuktikan bahawa industri perladangan dan perlindungan biodiversiti mampu bergerak seiring jika dirancang secara bertanggungjawab.
Menurut Rashidah selain berperanan sebagai tapak kajian dan penyelidikan bagi pelajar universiti tempatan dan luar negara termasuk Jepun, kawasan SPnCA itu juga membuka peluang ekonomi kepada komuniti setempat menerusi pembangunan aktiviti ekopelancongan di sepanjang Sungai Pin.
Beliau berkata Sawit Kinabalu kini giat membangunkan aktiviti ekopelancongan berskala kecil bagi membolehkan pelancong menikmati pengalaman menyusuri Sungai Pin dan menyaksikan sendiri gajah di kawasan Santuari Gajah Borneo (BES) Kinabatangan yang juga pusat pemuliharaan gajah Borneo.
"Kebanyakan kawasan di tebing Sungai Pin ialah hutan yang belum diteroka, sekali gus menjadikannya amat sesuai untuk pembangunan pelancongan berasaskan alam semula jadi.
"Bagi menjayakan usaha itu, kami menjalin kerjasama dengan Koperasi Pelancongan Mukim Batu Puteh Kinabatangan (Kopel) bagi memastikan komuniti setempat menerima manfaat secara langsung selain, membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan," katanya.
-- BERNAMA