Jambatan Persahabatan dirasmikan

Astro Awani
Disember 8, 2013 06:12 MYT
Perasmian Jambatan Persahabatan oleh PM Malaysia, Sultan Brunei - Foto BERNAMA
Masalah 40 ribu penduduk di Limbang dan daerah Temburung Brunei kini berakhir dengan pembinaan Jambatan Persahabatan.
Jambatan sepanjang 189 meter itu mula digunakan secara rasmi hari ini selepas disempurnakan secara bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Perdana Menteri berada di Brunei Brunei Darussalam untuk lawatan kerja secara rasmi sehari ke negara itu.
Pembinaan jambatan itu merupakan projek yang dikendalikan secara bersama oleh kerajaan Brunei dan Malaysia.
Kawasan tersebut suatu ketika dahulu diputuskan dengan bahagian Lawas dan Sabah dengan penduduknya perlu menyeberangi Sungai Pandaruan menggunakan feri selama lima jam.
Dengan siapnya jambatan itu ia memberi kelegaan kepada semua pengguna yang kerap menggunakan laluan tersebut untuk bergerak ke sesuatu tempat.
Selebihnya jaringan perniagaan di daerah Limbang, Lawas dan Brunei akan dapat ditingkatkan di samping menggalakkan eko pelancongan di antara kedua-dua negara.
Kos pembinaan jambatan adalah sebanyak RM20.8 juta.
#Brunei #Jambatan Persahabatan #Malaysia #Najib Tun Razak #Sultan Hassanal Bolkiah