DI kala riuh di Asia Tenggara bahawa Thailand bakal membina jambatan darat merentangi Segenting Kra, kisah yang sama pernah berlaku di antara Malaysia dan Indonesia yang berkeinginan membina jambatan gergasi merentangi Selat Melaka.
Sekiranya terbina, adakah jambatan ini akan menjadi penghubung atau pemecah rantau ini?
JAMBATAN YANG DICADANG
Projek jambatan ini pernah melalui proses kajian kesesuaian sejak 2006. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan projek ini secara teknikal boleh dibangunkan.
Berdasarkan maklumat pada tahun 2013, sekiranya projek ini berhasil dilaksanakan, ia dijangka akan menelan belanja melebihi RM52 bilion.
Jambatan ini dikatakan akan merentang Selat Melaka sejauh 127.92km dan merancakkan ekonomi di antara kedua-dua negara, menghubungkan Teluk Gong di Melaka dengan Dumai di Indonesia.
Jambatan Selat Melaka yang dicadangkan ini mungkin akan menyerupai Jambatan Oresund yang menghubungkan Copenhagen, Denmark dan Malmo di Sweden.
Pembinaan jambatan mega ini yang merentangi Selat Oresund dibantah oleh negara-negara maritim seperti Jerman yang berhujah bahawa ia akan menganggu aktiviti perkapalan di selat yang penting ini.
Akhirnya, sebagai kompromi, jambatan ini dibina sebagai separuh jambatan dan separuh terowong, bagi memastikan aktiviti pelayaran tidak terancam.
Ini mengakibatkan kos pembinaan meningkat tiga kali ganda daripada apa yang dicadangkan pada awalnya.
KESAN JAMBATAN INI KEPADA ALAM SEKITAR
Pembinaan jambatan mega ini sudah tentu akan memberikan kesan kepada ekosistem di kedua-dua persisiran pantai Malaysia dan Indonesia yang menghadap Selat Melaka.
Sebagai contoh, pergerakan dan kelajuan arus laut akan berubah akibat kewujudan tiang-tiang jambatan yang akhirnya berpotensi mengubah keadaan semula jadi selat tersebut.
Ekosistem dasar laut juga mungkin tergugat hasil daripada kerja-kerja penggerudian bagi tujuan pembinaan.
Dari sudut ancaman kepada flora dan fauna, projek ini mungkin akan menganggu tapak penetasan telur penyu karah di Padang Kemunting berdekatan Teluk Gong, Melaka.
Selain itu, projek ini berpotensi memberikan kesan kepada aktiviti perikanan dan pelancongan akibat daripada perubahan ekosistem dasar laut yang bakal berlaku.
MENGANGGU AKTIVITI PERKAPALAN
Pembinaan jambatan ini akan merentangi Selat Melaka, selat kedua tersibuk di dunia.
Tapak pembinaan ini juga dijangka akan melintasi kawasan paling sesak dengan aktiviti pelayaran di perairan selat ini, sekali gus memberikan kesan kepada kelangsungan aktiviti pelayaran antarabangsa.
Kapal-kapal yang belayar di Selat Melaka terpaksa mengurangkan kelajuan dan risiko pelanggaran kapal dengan tiang-tiang yang bakal dibina akan meningkat.
Pergerakan kapal yang semakin perlahan akan menyebabkan kos pelayaran meningkat, akhirnya akan merencatkan kestabilan ekonomi dunia.
Ini akan mengakibatkan banyak negara bertindak mengeluarkan nota bantahan bahawa Malaysia dan Indonesia telah melanggar Perkara 44 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Berkaitan Undang-undang Laut yang memberikan tanggungjawab kepada negara persisir selat untuk tidak menghalang atau mengganggu aktiviti perkapalan.
Kemalangan maritim juga boleh terjadi dengan lebih kerap, mengakibatkan tumpahan bahan-bahan berbahaya seperti minyak serta bahan kimia yang akan mengancam alam sekitar dan kesejahteraan hidup di rantau Selat Melaka.
PENGHUBUNG ATAU PEMISAH?
Apakah benar jambatan ini bakal menjana perkembangan ekonomi untuk kedua-dua negara?
Adakah kos pembinaan jambatan yang tinggi menggunung ini boleh ditampung dengan penggunaan yang berterusan?
Tol yang dikenakan untuk pengguna Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang berjarak 23.37km di Pulau Pinang adalah RM7.
Jambatan Selat Melaka yang boleh mencecah sehingga 127.92km, lebih kurang jarak di antara Putrajaya ke Bukit Fraser, Pahang, sudah pasti akan dikenakan bayaran tol yang tinggi untuk para penggunanya.
Sekiranya tol yang dikenakan terlalu tinggi, tentu sekali tidak akan ada ramai pengguna mengambil manfaat untuk menggunakan jambatan ini.
Soal keselamatan juga boleh jadi perkara berbangkit. Pihak manakah yang akan menjamin keselamatan pengguna jambatan mega yang bakal memiliki panjang melebihi 120km ini?
Keadaan cuaca buruk dengan keadaan laut bergelora juga boleh menyebabkan pengguna jalan raya berfikir dua atau tiga kali sebelum menggunakan jambatan ini.
Melaka mungkin adalah tapak yang sesuai bagi pembinaan jambatan ini kerana ia berdekatan dengan bandaraya utama Malaysia yang dihubungkan dengan sistem lebuhraya yang cekap, seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor Bahru dan Singapura.
Kota Dumai, tapak di mana jambatan ini berakhir di Indonesia, bukanlah sebuah kota yang besar dan terletak jauh daripada kota utama di Indonesia seperti Jakarta, Medan, Bandung dan Palembang.
Dumai terletak 1,063km dari Jakarta dan tidak dihubungkan dengan sistem lebuhraya yang baik dengan kota-kota lain di Indonesia.
Jadi, bagaimana mungkin keadaan ini boleh menggalakkan orang ramai menggunakan jambatan ini?
KESIMPULAN
Rancangan pembinaan jambatan mega ini adalah suatu perencanaan yang bercita-cita tinggi.
Sekiranya terbina, jambatan ini akan menjadi lambang kepesatan pembangunan Asia Tenggara terutamanya kepada Malaysia dan Indonesia.
Akan tetapi, perlu diingat bahawa pembinaan jambatan ini juga bakal membawa kesan negatif, terutamanya terhadap kelancaran aktiviti perkapalan di Selat Melaka serta impak kepada ekonomi Malaysia dan Indonesia.
Dengan pengumuman Presiden Indonesia, Joko Widodo untuk memajukan konsep tol laut, berkemungkinan besar projek jambatan ini tidak akan mendapat sokongan dari Indonesia.
Malah Indonesia telah terlebih awal membatalkan projek pembinaan Jambatan Selat Sunda yang bakal menghubungkan Pulau Jawa dan Pulau Sumatera.
Penghubung atau pemisah - pembinaan Jambatan Selat Melaka bukanlah sutu keperluan yang mendesak, sekurang-kurangnya bukan sekarang.
* Mohd Hazmi Mohd Rusli (Ph.D) adalah Profesor Madya di Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli
Sat Mar 20 2021
Cadangan jambatan ini dikatakan akan merentang Selat Melaka sejauh 127.92km dan merancakkan ekonomi di antara kedua-dua negara, menghubungkan Teluk Gong di Melaka dengan Dumai di Indonesia. - Gambar hiasan
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Lagi bot berdaftar di Malaysia ditahan di Selat Melaka, Indonesia
Lima warga Myanmar ditahan kerana ketiadaan permit yang diperlukan dan menggunakan peralatan penangkapan ikan yang dilarang.
Kapal bawa barang pertanian karam di Selat Melaka, 11 kru hilang
Sebuah kapal bersama 11 kru dilaporkan karam selepas mengalami kebocoran akibat dilanda ombak besar di perairan Selat Melaka hari ini.
18 tahun tertangguh, Malaysia-Indonesia akhirnya selesai isu Laut Sulawesi-Selat Melaka
Selepas 18 tahun tertangguh, Malaysia dan Indonesia akhirnya menyelesaikan isu persempadanan maritim antara wilayah melibatkan Laut Sulawesi dan Selat Melaka, hari ini.
OSTEX West 2/22 peraga aset TLDM Armada Barat di Selat Melaka
Ia merupakan platform bagi menguji keberkesanan Latihan Perang Pangkor yang telah dilaksanakan sebanyak 39 siri untuk tahun ini.
Kerjasama tiga negara penting demi kelancaran perdagangan di Selat Melaka
Kerjasama erat antara Malaysia, Singapura dan Indonesia adalah penting dalam memastikan kelancaran aktiviti perdagangan di Selat Melaka, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Dua bot berdaftar di Malaysia ditahan pihak berkuasa maritim Indonesia
Dua bot Malaysia dengan pendaftaran PKFB 1269 dan PKFB 1280 dikesan di Selat Melaka pada 8 Jun lalu.
[KOLUMNIS] AUKUS dan Malaysia: Bagai tidur di atas miang
Adakah rantau ini perlu sebuah lagi negara untuk membangunkan kapal selam bertenaga nuklear bagi membawa keamanan di rantau Asia Tenggara ini yang sememangnya tidak bergolak?
AUKUS: Malaysia, negara ASEAN perlu sentiasa nyatakan kegusaran
Keadaan di rantau Asia Tenggara masih stabil malah pendekatan negara-negara di rantau tersebut dalam aspek keselamatan di Selat Melaka terbukti sangat berjaya.
MASTEX 2021: Pandemik bukan penghalang kerjasama, diplomasi pertahanan
Eksesais bilateral tahunan Malaysia-Australia Sea Training Exercise (MASTEX) 2021 di sekitar perairan Selat Melaka berakhir semalam.
Laluan Suez-Selat Melaka: Kalau ditutup punahlah dunia
Sekiranya Selat Melaka ditutup untuk pelayaran, kesannya sama sahaja seperti apa yang berlaku dengan Terusan Suez sekarang ini.