Skip to main content

Malaysia

Jambatan Sungai Johor selamat dilalui selepas kapal hanyut langgar struktur

Kapal, johor kredit: Threads @syfqhismdi__
Hasil pemeriksaan oleh pasukan teknikal mendapati struktur jambatan berada dalam keadaan selamat dan boleh dilalui seperti biasa. - Media sosial/Threads syfqhismdi__
Advertisement

KOTA TINGGI: Jambatan Sungai Johor di Telok Sengat di sini selamat dilalui semua pengguna jalan raya, menurut Senai-Desaru Expressway Berhad (SDEB).

SDEB dalam kenyataan memaklumkan pihaknya mengambil tindakan segera dengan menjalankan pemeriksaan dan penilaian terhadap keadaan struktur jambatan itu susulan insiden sebuah kapal hanyut dan melanggar struktur  jambatan berkenaan kira-kira 2.30 petang tadi.

"Hasil pemeriksaan oleh pasukan teknikal mendapati struktur jambatan berada dalam keadaan selamat dan boleh dilalui seperti biasa. Kapal terbabit juga telah dialihkan pada 3.16 petang tadi," menurut kenyataan itu.

SDEB memaklumkan pihaknya sentiasa memberi keutamaan terhadap aspek keselamatan dan akan terus memantau keadaan struktur jambatan berkenaan dari semasa ke semasa bagi menjamin keselamatan pengguna lebuh raya.

"Bagaimanapun, pengguna dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan mengikuti sebarang arahan keselamatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, beberapa foto kejadian itu tular di laman Facebook, dengan dakwaan jambatan berkenaan tidak selamat dilalui dan ditutup sementara, sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna lebuh raya berkenaan.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement