awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jana satu video AI guna tenaga sama jalankan ketuhar gelombang mikro selama sejam

Amanz
Amanz
27/05/2025
04:00 MYT
Jana satu video AI guna tenaga sama jalankan ketuhar gelombang mikro selama sejam
Laporan turut mendedahkan bahawa tiada ketelusan daripada syarikat AI mengenai penggunaan tenaga sebenar, dan semua anggaran dibuat berdasarkan perkiraan terpelajar, bukan data rasmi. -Amanz
BUKAN rahsia syarikat teknologi utama dunia gagal memenuhi sasaran operasi yang lebih lestari sejak dua tahun kebelakangan ini sejak menawarkan pelbagai perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) generatif.

Ringkasan AI
  • Penggunaan AI generatif semakin membebankan alam sekitar kerana ia memerlukan tenaga elektrik dan air penyejukan yang tinggi, namun syarikat teknologi utama masih gagal memenuhi sasaran kelestarian.
  • Menurut laporan MIT Technology Review, menjana satu video AI selama 5 saat boleh menggunakan tenaga sebanyak 3.4 juta joule bersamaan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro selama lebih sejam atau menunggang basikal elektrik sejauh 61 km.
  • Laporan turut mendedahkan bahawa tiada ketelusan daripada syarikat AI mengenai penggunaan tenaga sebenar, dan semua anggaran dibuat berdasarkan perkiraan terpelajar, bukan data rasmi.

Bukan juga rahsia ia bukan sahaja menelan kuasa elektrik yang tinggi tetapi memerlukan air untuk sistem penyejukan yang banyak.
Dengan populariti AI generatif meningkat, MIT Technology Review menerbitkan laporan yang mengatakan menjana satu video sepanjang 5 saat menggunakan AI generatif menggunakan kuasa yang sama menjalankan ketuhar gelombang mikro selama lebih sejam.
Ini berdasarkan penggunaan AI generatif Code Carbon yang dianggarkan menggunakan 3.4 juta joule untuk menjana video 5 saat pada kadar 30 bingkai sesaat.
Ini juga bersamaan tenaga digunakan untuk menggerakkan sebuah basikal elektrik sejauh 61 kilometer.
Penggunaan tenaga AI generatif menjana video akan semakin meningkat dengan resolusi dan kadar bingkai lebih tinggi di masa depan.
Dalam artikel yang sama bertanya 15 soalan kepada sebuah chatbot, menjana 10 keping gambar dengan AI generatif dan menjana 3 video sepanjang 5 saat dianggarkan menggunakan 2.9 kWh tenaga elektrik bersamaan menjalankan sebuah ketuhar gelombang mikro berterusan selama 3.5 jam.
Yang merisaukan mengenai laporan ini ialah kesemua perkiraan dilakukan berdasarkan anggaran terpelajar dan bukan angka sebenar kerana syarikat AI tidak berkongsi jumlah tenaga elektrik yang digunakan setiap model yang ditawarkan kepada pelanggan. -Amanz
Topic Berkaitan
#AI Generatif
#video AI
#penggunaan tenaga
#bebankan alam sekitar
#Code Carbon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan