Jana Wibawa: Wan Saiful didakwa di mahkamah pagi ini

Rahimah Abdullah
Februari 21, 2023 01:00 MYT
Wan Saiful yang tiba kira-kira jam 8.45 pagi di pekarangan mahkamah disambut dan diiringi beberapa penyokong parti. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan melibatkan projek Jana Wibawa.
Turut didakwa Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat yang juga Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Muhammad.
Kedua-duanya ditahan pada Isnin malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.
Wan Saiful yang tiba kira-kira jam 8.45 pagi di pekarangan mahkamah disambut dan diiringi beberapa penyokong parti.
Turut hadir, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin; serta Naib Presiden Datuk Seri Radzi Jidin dan Datuk Seri Ronald Kiandee.
Wan Saiful dan Adam Radlan akan didakwa di dua mahkamah sesyen berasingan di ibu negara.
#Wan Saiful Wan Jan #Adam Radlan Muhammad #Jana Wibawa #SPRM