awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Janaan sisa pepejal di Melaka meningkat 3.54 peratus sepanjang Ramadan

Bernama
Bernama
11/04/2025
14:15 MYT
Janaan sisa pepejal di Melaka meningkat 3.54 peratus sepanjang Ramadan
Kerajaan negeri Melaka menggesa pembinaan WTE atau insinerator di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang dapat disegerakan seawal mungkin pada tahun hadapan berbanding jadual asalnya iaitu pada 2026. - Gambar Bernama
MELAKA: Penjanaan sisa pepejal di Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang di sini mencatatkan peningkatan 3.54 peratus kepada 32,343.04 tan sepanjang Ramadan tahun ini, berbanding 31,199.39 tan pada tempoh sama tahun lepas.
Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Melaka Nor Zaki Md Nor berkata daripada jumlah itu, 16,660.34 tan sisa pepejal merupakan sisa domestik, sisa pukal (2,647.26 tan) manakala sisa pepejal komersial, perindustrian dan keinstitusian (ICI) (8,325.10 tan).
"Berdasarkan rekod penerimaan sisa pepejal di tapak pelupusan tersebut, jumlah penjanaan sisa domestik meningkat kepada 16,660.34 tan pada Ramadan tahun ini berbanding 15,672.97 tan pada tempoh sama tahun lepas.
"Penjanaan sisa pukal turut mencatatkan peningkatan kepada 2,647.26 tan pada Ramadan tahun ini berbanding 2,424.24 tan pada Ramadan tahun lepas manakala sisa ICI menurun kepada 8,325.10 tan dalam tempoh sama tahun ini berbanding 8,556.47 tan tahun lepas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata secara purata sebanyak 1,115.28 tan sisa pepejal dijana di tapak pelupusan berkenaan sehari pada Ramadan tahun ini berbanding 1,039.98 tan dalam tempoh sama tahun lepas.
Nor Zaki berkata trend peningkatan jumlah penjanaan sisa pepejal ke tapak pelupusan tersebut ekoran peningkatan janaan sisa daripada pelbagai sumber terutama penganjuran bazar Ramadan.
Beliau merakamkan penghargaan kepada pengendali kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam terutama SWM Environment kerana komited melaksanakan kutipan dan pembersihan sepanjang Ramadan bagi memastikan kebersihan dan keselesaan orang ramai.
-- BERNAMA
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Bazar Ramadan
#sisa pepejal
#pembersihan awam
#Tapak Pelupusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan