awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
1,189 kematian akibat banjir Sumatera direkodkan setakat 12 Januari - BPNB
Negeri Sembilan mampu tingkat pelaburan cecah RM8 bilion tahun ini - Aminuddin
MAG akan kendali lebih 2,400 penerbangan sempena perayaan Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Janda lepas pantang pura-pura cari rumah sewa, tawar khidmat urut, rupa-rupanya ...

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2017
08:49 MYT
Janda lepas pantang pura-pura cari rumah sewa, tawar khidmat urut, rupa-rupanya ...
Wanita berusia 43 tahun yang juga seorang janda itu ditahan dalam satu serbuan di rumahnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Sabtu. - Gambar hiasan
Taktik seorang wanita warganegara Indonesia yang berpura-pura mahu mencari rumah sewa dan menawarkan khidmat urut sebelum mencuri akhirnya membawa padah apabila dia ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, wanita berusia 43 tahun yang juga seorang janda itu ditahan dalam satu serbuan di rumahnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Sabtu.
“Siasatan polis mendapati wanita itu menjadikan suri rumah sebagai sasaran dan suspek pergi kerumah-rumah mangsa yang kebanyakannya tinggal sendirian antara jam 10 pagi dan 12 tengah hari.
“Wanita yang tiada dokumen perjalanan diri itu terlibat dalam kegiatan berkenaan sejak awal Januari lalu dan dipercayai mencuri di lebih 30 buah rumah di sekitar daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah (SPT),” katanya.
Tambahnya, suspek bergerak bersendirian dan menggunakan motosikal yang dipinjam untuk menjalankan kegiatan jenayahnya.
Susulan penahanan wanita berkenaan, polis berjaya merampas pelbagai barangan hasil curi, antaranya barang kemas yang belum dijual, telefon bimbit, surat pajak, beg tangan dan pakaian, di dalam rumah suspek.
Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#janda
#Mencuri
#mengurut
#merampas
#pati
#rumah sewa
#Seberang Perai Tengah
#Seberang Perai Utara
#Suri Rumah
#Taktik
#wanita
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan