awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jangan ambil duit raya' - Ayob Khan

Sinar Harian
Sinar Harian
29/04/2021
14:51 MYT
'Jangan ambil duit raya' - Ayob Khan
Ayob berkata, sekiranya masih berdegil tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka. - Gambar fail/ Bernama
KLUANG: Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengingatkan pegawai dan anggota polis di negeri ini supaya tidak meminta atau menerima duit raya daripada mana-mana pihak.
Beliau berkata, sekiranya masih berdegil tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka.
"Saya akan mengambil tindakan jika ada maklumat, tiada istilah duit raya. Bagi kurma lain tapi kalau duit raya lain.
"Kalau tauke-tauke judi bagi duit raya bukannya RM1,000 kadang-kadang RM10,000...yang mana ambil rasuah saya sudah dan akan ambil tindakan siasat, tiada tolak ansur," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Majlis Intan Executive Lecture Series:Integriti, Penghayatan, Praktik dan Cabaran di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Kampus Wilayah Selatan di sini pada Khamis.
Katanya, berbeza dengan pemberian buah kurma yang kerap diamalkan umat Islam pada Ramadan, itu tidak dianggap sebagai rasuah sebaliknya hadiah kepada seseorang.
"Saya pernah bersiaran dengan (Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor), Datuk Nooh Gadot, istilahnya hadiah bukan sedekah untuk mereka yang berkemampuan.
"Setakat buah kurma ni takkan nak kata rasuah, kalau buah durian musang king itu mungkin boleh sedikit sebab mahal.
"Takkan kita nak kategorikan sebagai rasuah terutama bulan puasa ini, banyak sedekah makanan, banyak dapat pahala," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: 'Jangan ambil duit raya'
Topic Berkaitan
#ayob khan mydin pitchay
#polis
#jangan ambil duit raya
#duit raya
#kurma
#Rasuah
#judi
#sindiket judi
#tauke judi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan