JOHOR BAHRU:Orang ramai dinasihati agar tidak membahayakan diri sendiri dengan meredah banjir sama ada untuk berpindah sendiri dari kediaman mahupun meredah banjir menggunakan kenderaan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Johor Datuk Yahaya Madis berkata tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan kerana kekuatan arus dan kedalaman air semasa banjir sekarang sukar dijangka dan boleh membahayakan keselamatan diri sendiri.
"Kita tidak boleh jangka deras air dan kedalamannya...ambil masa dan tunggu kenderaan lain, jika ada kenderaan lebih besar dan berat lalu dahulu, kita boleh dapat buat jangkaan.
Jangan bersendirian mengharung air dan menyebabkan kereta dihanyutkan oleh air...jika masuk jalan yang tidak biasa lalu dan nampak ada air, berhenti dahulu dan dapatkan maklumat," katanya.
BACA: Banjir Pahang: Ibu dan anak hanyut selepas bot dinaiki terbalik
Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan udara di Kluang, Kota Tinggi dan Mersing dengan menaiki sebuah helikopter AW 139 dari Unit Udara JBPM, di sini, hari ini.
Sementara itu, Yahaya sekali lagi menasihatkan orang ramai agar segera berpindah ke pusat pemindahan banjir apabila diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa dan tidak membuat andaian sendiri bahawa banjir tidak berbahaya.
Beliau berkata orang ramai perlu segera berkemas dan bersiap sedia keluar ke tempat yang selamat dengan segera berhubung dengan pihak bomba atau agensi lain untuk bantuan dan jangan membahayakan diri serta keluarga dengan berpindah sendiri.
"Saya harap penduduk faham tugas kami...banyak tempat kami ronda dan beri nasihat, jadi mohon beri kerjasama supaya tidak membuang masa kami dengan terpaksa memujuk lama untuk keluar pindah," katanya.
Mengenai pemantauannya dari udara hari ini, Yahaya berkata walaupun hujan dilihat reda pada hari ini namun Bandar Kota Tinggi dan kawasan pedalaman Mersing masih dinaiki air.
"Daerah lain seperti Johor Bahru dan Kluang pada dasarnya telah beransur baik dan keadaan cuaca juga kita harap berterusan tidak hujan seperti dua hari lepas yang terus menerus," katanya.
Beliau berkata seramai 1,221 pegawai dan anggota bomba di negeri ini telah dikerahkan sejak dua hari lepas dengan persediaan sebanyak 42 bot antaranya amfibia dan gentian, 43 unit pacuan empat roda, sembilan lori dan 18 Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 04 2021

Pengarah Bomba Johor Datuk Yahaya Madis meninjau keadaan banjir sekitar Kota Tinggi-Kluang-Mersing hari ini. - Foto BERNAMA
![[SIDANG MEDIA] Perkembangan jangkitan kes COVID-19 - 02 Mac 2021 [SIDANG MEDIA] Perkembangan jangkitan kes COVID-19 - 02 Mac 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893236/6918181091614684113434_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perkembangan jangkitan kes COVID-19 - 02 Mac 2021
Ikuti sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan perkembangan terkini penularan wabak #COVID19 di negara ini.

Rentas negeri? Keputusan di tangan KKM, kata Ismail Sabri
Keputusan benarkan rentas negeri atau sebaliknya hanya akan diputuskan selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Adam Rosly gagal ketepi sabitan, hukuman penjara dan denda
Yaacob, yang menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, berkata sabitan ke atas Adam Rosly adalah selamat serta disokong oleh bukti yang kukuh.

Enam kematian baharu antara tumpuan sidang media Dr Noor Hisham
Sebanyak 1,555 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia ialah 304,135.

Seks luar tabii: Keputusan mahkamah selari dengan prinsip kesamarataan - G25
Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menyatakan semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak untuk mendapatkan perlindungan undang-undang yang sama.

Jenazah Mohd Afiq disemadi di Kampung Masjid Tikam Batu
Turut mengiringi jenazah Mohd Afiq Ikmal Muhammad sehingga ke liang lahad ialah penderma hati, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail.

Vaksin COVID-19 | Peniaga & pekerja di pusat beli belah digesa segera mendaftar
KPDNHEP menyeru para peniaga dan pekerja di pusat membeli belah untuk segera mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19.

Akta 446 | Banyak majikan di Kelantan masih tidak patuh - JTK
Majoriti majikan yang menggaji pekerja asing di Kelantan masih tidak patuh dengan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 atau Akta 446. Akta tersebut, antara lain, mewajibkan majikan menyediakan penginapan yang kondusif dan selamat kepada pekerja asing untuk mengelakkan penularan COVID-19.

Rasuah | Dua beradik warga Syria tidak mengaku salah beri rasuah RM10,000
Dua beradik warga Syria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini atas pertuduhan memberi rasuah bernilai RM10,000 kepada seorang penolong penguasa Imigresen di Langkawi tahun lalu.

Jenayah | Polis Johor tumpaskan 10 ahli Geng 21
Polis Johor menumpaskan ahli Geng 21 dalam serbuan menerusi Op Cantas pada 16 Januari. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua ahli kumpulan berusia lingkungan 29 tahun hingga 44 tahun yang ditahan itu mempunyai rekod lampau.

3 sekeluarga nyaris maut kenderaan dihanyut banjir
Pemandu pacuan empat roda itu cuba meredah banjir walaupun jalan berkenaan sudah ditutup bagi semua jenis kenderaan.

Jangan bahayakan diri redah banjir - Bomba
Orang ramai dinasihati agar tidak membahayakan diri sendiri dengan meredah banjir sama ada untuk berpindah sendiri dari kediaman mahupun meredah banjir menggunakan kenderaan.