BAGAN SERAI: Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak membawa anak-anak kecil mengunjungi bazar Ramadan bagi mengelakkan mereka terdedah kepada jangkitan COVID-19 walaupun negara telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata kawasan sesak yang sempit dengan orang ramai merupakan suasana yang tidak baik kepada kanak-kanak terutamanya mereka yang tidak mempunyai perlindungan vaksinasi.
"Melihat suasana hari pertama bazar Ramadan di Bagan Serai ini, kami dapati ramai pengunjung membawa anak kecil di tempat yang penuh sesak.
"Kalau tempat sempit ini sebaiknya jangan bawa anak-anak, kita tidak mahu menyambut Ramadan dalam keadaan sedih dan sibuk di hospital," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengedarkan kurma di Bazar Ramadan Bagan Serai di sini semalam.
Dr Noor Azmi berkata data terkini menunjukkan vaksinasi kanak-kanak hanya sebanyak 38 peratus manakala remaja 91.7 peratus dan dos penggalak pula 67.3 peratus.
"Ini menunjukkan vaksinasi membabitkan kanak-kanak masih di tahap yang perlahan dan kami berharap ibu bapa mendapatkan vaksinasi untuk anak-anak mereka secepat mungkin," katanya.
Dalam perkembangan lain, Dr Noor Azmi berkata keputusan memendekkan tempoh kuarantin dan memanggil petugas kesihatan yang dijangkiti COVID-19 untuk kembali bekerja bagi mengatasi masalah kekurangan kakitangan di hospital dilakukan berdasarkan fakta sains dan nasihat pakar.
Beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana keputusan itu juga adalah syor Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) yang membuat penilaian data saintifik dan bukannya secara semberono.
"Kuarantin dipendekkan kerana pekerja Kementerian Kesihatan (KKM) juga terkena jangkitan COVID-19, antaranya menjadi kontak rapat namun rawatan dan program (tugas) di hospital agak tergendala sekiranya mereka menjalani kuarantin yang lama.
"Oleh itu, penilaian dibuat daripada mereka yang telah divaksinasi sepenuhnya dan menerima dos penggalak serta tiada simptom lagi selain tiada rekod komorbid barulah diberi kuarantin pendek supaya dapat kembali bekerja dan menjalankan tugas.
"Ini amat penting supaya keadaan hospital tidak terganggu dan lumpuh," katanya.
Baru-baru ini, gabungan pekerja penjagaan kesihatan menggesa KKM untuk mempertimbangkan semula keputusan memendekkan tempoh kuarantin kepada pekerja kesihatan dan sebaliknya memperkenalkan perlindungan tambahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 04 2022

Orang ramai membanjiri Bazar Ramadan di Perkarangan Stadium Perak, di Ipoh, 3 April. - Gambar hiasan/BERNAMA

Kes Hilang | Kanak-kanak ditemukan selamat selepas lapan hari
Selepas lapan hari dilaporkan hilang, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan selamat dalam lubang saliran perparitan di Oldenburg, Jerman. Dia diselamatkan pasukan kecemasan selepas menerima laporan orang awam yang terdengar tangisan mangsa.

Bangunan Runtuh | Tiga maut bangunan empat tingkat runtuh
Pihak berkuasa India mengesahkan setakat ini sekurang-kurangnya tiga individu terkorban, manakala 11 yang lain cedera dalam runtuhan bangunan kediaman empat tingkat di Mumbai pada lewat malam Isnin. Pasukan penyelamat ketika ini juga dilaporkan sedang giat mencari empat individu yang masih terperangkap dalam runtuhan berkenaan.

Dikhianati | Johnny Depp tolak watak Captain Jack Sparrow
Bintang Hollywood, Johnny Depp tidak akan kembali melakonkan watak Captain Jack Sparrow dalam Francais filem Pirates Of The Caribbean. Perkara itu disahkan wakil pelakon berkenaan dan dipetik berkata 'perkara itu tidak benar'.

Letupan Gas klorin | 13 maut, 250 cedera
Sekurang-kurangnya 13 maut, manakala lebih 250 yang lain cedera akibat letupan gas klorin di Pelabuhan Aqaba, Jordan pada Isnin. Antara cedera termasuk empat warga negara China dan seorang warga Vietnam. Insiden berlaku selepas sebuah tangki terjatuh dari kren, sekaligus mengakibatkan letupan dan mengeluarkan asap kuning.

Krisis Ekonomi | Sri Lanka berdepan kekurangan bekalan minyak
Kegawatan ekonomi di Sri Lanka berterusan dengan negara itu kini dihimpit dengan krisis kekurangan bekalan minyak. Galle, salah satu bandar yang terkesan menyaksikan orang ramai terpaksa beratur panjang, malah hampir berjam bagi mendapatkan bahan bakar itu.

Lawatan Kerja | Menteri Luar Australia melawat Astro AWANI
Astro AWANI pada Selasa menerima kunjungan Menteri Luar Australia Senator Penny Wong di Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil. Ketibaan beliau dan delegasi pada pukul enam petang disambut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Henry Tan dan ketua pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail disertai tenaga kerja Astro AWANI yang lain.

WUF11: Pendekatan pembiayaan perumahan perlu dikaji semula
Semua negara digesa memberi perhatian terhadap kajian semula pendekatan membabitkan pembiayaan perumahan dalam usaha memastikan keperluan kediaman dapat diselesaikan.

WUF11 | Isu SDG, agenda perbandaran baharu tumpuan hari ke-3
Isu matlamat pembangunan mampan (SDG) dan agenda perbandaran baharu antara topik yang menjadi tumpuan di hari ketiga penganjuran World Urban Forum Ke 11 di Katowice, Poland. Kita terus sahaja bersama rakan setugas yang membuat liputan di sana.. Teruskan Dzulfitri Yusop.

Kebakaran | 18 penghuni sebuah rumah terselamat
Seramai 18 penghuni nyaris rentung apabila terperangkap dalam sebuah rumah terbakar di Taman Sri Taman, Jalan Sultanah, Alor Setar pada Selasa. Mereka bagaimanapun sempat diselamatkan orang awam dan pasukan bomba dalam kejadian jam 5.45 petang itu.

WUF11: Perkongsian komitmen dan pengalaman Malaysia di sesi Meja Bulat Peringkat Menteri
Sesi meja bulat ini turut disertai Menteri dan pemimpin tertinggi kerajaan dari 24 buah negara di seluruh dunia.

Bazar Ramadan, Aidilfitri 2022 rekod nilai jualan RM2.4 bilion - DOSM
Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini merekodkan nilai jualan sebanyak RM2.4 bilion dan mewujudkan 156,361 peluang pekerjaan.

Lelaki didakwa tipu sewa tapak bazar Ramadan di Stadium Bukit Jalil
Seorang lelaki didakwa di lima Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan menipu dalam urusan sewa tapak bazar Ramadan di Stadium Bukit Jalil.

Tipu sewa tapak bazar Ramadan menerusi FB, remaja 19 tahun ditahan polis
Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun selepas dipercayai memperdaya orang ramai untuk membayar deposit bagi sewa tapak bazar Ramadan dan Festival Aidilfitri di Bukit Jalil.

Beratur panjang demi 'Roti John Paling Sedap Di Pulau Pinang'
Roti keluaran Sy Burger diberi 'nafas' baharu termasuk diletakkan isi ayam goreng rangup di bahagian atas.

Gagal pamer tanda harga, alat timbang sukat tidak sah, antara kesalahan peniaga bazar
Dua kesalahan tersebut adalah antara 80 kes kesalahan dicatatkan sepanjang Op Pantau yang dilaksanakan sejak 3 April lepas.

Biarpun sederhana, pekerja asing seronok sambut Ramadan di Malaysia
Kemeriahan bulan suci umat Islam itu juga turut sama diraikan warga asing terutama yang berkelana mencari rezeki di bumi bertuah ini.

Demi martabak, beratur panjang tak ada hal!
Antara juadah paling popular di bazar Ramadan setiap tahun ialah martabak yang sangat digemari ramai.

Raja Permaisuri kongsi tips masak dengan peniaga bazar
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan meluangkan masa melawat serta bermesra dengan peniaga serta orang ramai di Bazar Ramadan Peringgit.

Lauk dihurung lalat, telur ayam bernajis antara kesalahan dikesan di Bazar Ramadan
Kesalahan itu dikesan dalam pemeriksaan mengejut yang dilakukan menerusi Ops Bazar bagi memastikan makanan dijual bersih dan selamat dimakan oleh orang ramai.

Berjiwa Rakyat! Agong dan Permaisuri beli santapan bersungkei di Bazar Ramadan Satok
Dalam kunjungan kira-kira 30 minit itu, Seri Paduka Baginda berdua berkenan membeli pelbagai juadah berbuka puasa selain beramah mesra bersama peniaga.