awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan benci pada Rohingya yang jadi mangsa kezaliman - Dr Mahathir

Bernama
Bernama
29/04/2020
10:39 MYT
Jangan benci pada Rohingya yang jadi mangsa kezaliman - Dr Mahathir
MAHATHIR: Kita sepatutnya kecam Myanmar dan Aung San Suu Kyi kerana kezaliman mereka dan bertindak menolak dagangan dengan mereka. - Gambar fail
Janganlah kita benci kepada orang Rohingya yang menjadi mangsa kezaliman, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata beliau sedar kenapa orang Melayu sekarang begitu benci kepada orang Rohingya sedangkan pada mulanya orang Melayu bersimpati dengan orang Rohingya dan golongan itu pun pilih untuk datang ke Malaysia kerana simpati tersebut.
"Tetapi apabila jumlah menjadi begitu ramai dan ada perbuatan perlarian ini yang menyentuh perasaan orang Melayu, maka simpati bertukar jadi benci," katanya.
Dr Mahathir menerusi catatan terbaru di laman blognya chedet.cc berkata, negara-negara Islam dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) seharusnya bertindak untuk menghentikan kezaliman oleh Myanmar.
"Kita sepatutnya kecam Myanmar dan (Kaunselor Negara Myanmar) Aung San Suu Kyi kerana kezaliman mereka dan bertindak menolak dagangan dengan mereka.
"Kita juga perlu meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan terhadap Myanmar. Kita juga perlu dedahkan kezaliman Myanmar kepada dunia," katanya.
Negara ini, kata Dr Mahathir, telah beri terlalu banyak suaka kepada pelarian dan mereka sepatutnya pergi ke negara lain dan negara lain juga perlu buka pintu mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Melayu
#Myanmar
#oic
#pelarian
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#pertubuhan kerjasama islam
#Rohingya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan