awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ferrari perkenal kereta baharu untuk musim Formula 1 2026
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan berselisih, bersatu hati bangunkan negeri - Titah Sultan Johor

Siti Hajar Jamaludin
Siti Hajar Jamaludin
25/04/2019
11:32 MYT
Jangan berselisih, bersatu hati bangunkan negeri - Titah Sultan Johor
Sultan Ibrahim menyeru kepimpinan baharu untuk bersatu hati demi kebajikan rakyat. - Sumber foto IG @officialsultanibrahim
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menggesa Menteri Besar dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) memberi tumpuan kepada ikhtiar pembangunan dan kemajuan negeri itu selepas pelantikan diadakan pada Khamis.
Menerusi entri di laman Instagram rasmi @officialsultanibrahim, Baginda menyeru kepimpinan baharu untuk bersatu hati agar kebajikan rakyat lebih terjamin dan bertambah baik.
“Kepimpinan baharu harus bersatu hati dan melipat gandakan usaha agar kebajikan serta kepentingan rakyat Johor ditambah baik dan sentiasa terbela,” menurut titah Sultan Johor.
Titah baginda lagi, jika ada sebarang perselisihan faham antara negeri Johor dan kerajaan pusat para pemimpin perlu ketepikan sebarang perbezaan.
Sebaliknya, lebih baik jika mengadakan perjumpaan bersama-sama agar perselisihan faham itu dapat dielakkan dalam satu perbincangan.
“Eloklah berjumpa dan saling berbincang dengan matang demi kebaikan semua, khususnya rakyat,” ujar baginda lagi.
Baginda juga menyeru semua penduduk Johor bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan kemajuan negeri tersebut.
View this post on Instagram
KENYATAAN DYMM SULTAN JOHOR Negeri Johor baru sahaja menyempurnakan pelantikan Menteri Besar dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). Saya harap selepas ini tumpuan akan diberikan kepada ikhtiar membangun dan memajukan Johor. . Justeru, kepimpinan baru harus bersatu hati dan melipat gandakan usaha agar kebajikan serta kepentingan rakyat Johor ditambah baik dan sentiasa terbela. . Pada masa yang sama, saya harap semua pihak dapat memberi kerjasama penuh agar pentadbiran dan pengurusan negeri Johor berjalan lancar. . Atas sebab itu juga, sekiranya ada sebarang perselisihan atau salah faham, terutamanya yang melibatkan hubungan antara Negeri Johor dan Kerajaan Pusat, saya sarankan kita ketepikan sebarang perbezaan. . Sebaliknya, eloklah berjumpa dan saling berbincang dengan matang demi kebaikan semua, khususnya rakyat. . Bersama-samalah kita doakan kesejahteraan dan kemajuan negeri Johor. DYMM SULTAN JOHOR SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR (25 APRIL 2019) #sultanjohor #royalpressoffice #johor
A post shared by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (@officialsultanibrahim) on
Apr 24, 2019 at 9:33pm PDT
Topic Berkaitan
#Instagram
#keraaan pusat
#Negeri Johor Darul Takzim
#penduduk Johor
#Perselisihan Faham
#rakyat
#Sultan Ibrahim Iskandar
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan