awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan biar program dwibahasa terkubur - NUTP

Bernama
Bernama
17/07/2020
12:18 MYT
Jangan biar program dwibahasa terkubur - NUTP
Harry berkata NUTP menyokong penuh keputusan KPM untuk tidak memperkenalkan semula Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyeru Kementerian Pendidikan (KPM) supaya memandang serius Program Dwibahasa (DLP) di sekolah dengan tidak membiarkan ia terkubur begitu sahaja.
Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock berkata KPM sebaliknya perlu lebih agresif dalam memastikan bekalan guru yang boleh mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris mencukupi.
"Program itu adalah penting bagi ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka menguasai bahasa Inggeris agar dapat bersaing dan bekerja di mana-mana tempat di dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini,hari ini.
Beliau berkata pelbagai kaedah boleh digunakan bagi memastikan pelajar mahir menguasai bahasa Inggeris, bagaimanapun, isu kekurangan guru mata pelajaran itu atau guru Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) perlu ditangani terlebih dahulu.
"Justeru, pihak NUTP mohon campur tangan kerajaan untuk menyelesaikan dan melihat perkara ini secara serius sekiranya Malaysia ingin berada setaraf dengan negara maju yang lain," katanya.
DLP diperkenalkan pada tahun 2016 memberi pilihan kepada sekolah untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
Dalam pada itu, Harry berkata NUTP menyokong penuh keputusan KPM untuk tidak memperkenalkan semula Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan berharap perkara itu tidak lagi menjadi isu dalam arena pendidikan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#kerajaan
#pelajar
#pendidikan
#pengajaran dan pembelajaran
#Sains
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan