awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan bimbang kehadiran kapal Pengawal Pantai China di Laut China Selatan - PM

Bernama
Bernama
30/07/2024
05:30 MYT
Jangan bimbang kehadiran kapal Pengawal Pantai China  di Laut China Selatan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Bulan Keselamatan Negara 2024 di PICC hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan nelayan dan pemancing di Laut China Selatan untuk tidak bimbang dengan kehadiran kapal Pengawal Pantai China (CCG), khususnya di kawasan sekitar Beting Patinggi Ali.
"Jangan takut, jangan takut," katanya ringkas ketika ditanya pemberita mengenai kegusaran nelayan tempatan di perairan Laut China Selatan mengenai kehadiran kapal-kapal berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bulan Keselamatan Negara 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin.
Terdahulu media melaporkan terdapat kegusaran dalam kalangan nelayan di perairan berkenaan mengenai kehadiran kapal CCG di sekitar kawasan berkenaan yang menyukarkan nelayan dan pemancing menjalankan aktiviti mereka.
Beting Patinggi Ali terletak di kedudukan 84 batu nautika (155 km) dari pantai Miri, Sarawak dan dalam kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia.
Kementerian Pertahanan sebelum ini berkata Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sentiasa memantau enam kawasan maritim Malaysia merangkumi Selat Melaka, Laut Cina Selatan, Laut Sulawesi dan Laut Sulu untuk mengesan kapal mencurigakan dan kapal perang negara lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kehadiran kapal Pengawal Pantai China
#Anwar Ibrahim
#Laut China Selatan
#usah bimbang
#CCG
#nelayan
#Beting Patinggi Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan