awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan bimbang makan daging 'import', BSE jenis H tidak sebabkan penyakit pada manusia

Bernama
Bernama
17/03/2023
07:30 MYT
Jangan bimbang makan daging 'import', BSE jenis H tidak sebabkan penyakit pada manusia
Jabatan Perkhidmatan Veterinar berkata, orang awam tidak perlu bimbang tentang pengambilan daging atau produk lembu dari luar negara. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Penyakit Bovine Spongiform Encephalopathy (BSE) yang menyerang ternakan di Brazil awal tahun ini adalah daripada jenis Atypical BSE jenis H yang berlaku secara semula jadi terhadap ternakan tua dan tidak menyebabkan penyakit kepada manusia.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sehubungan itu, orang awam tidak perlu bimbang tentang pengambilan daging atau produk lembu dari luar negara.
"DVS sentiasa memantau dan memastikan bahawa daging atau produk lembu yang diimport untuk keperluan tempatan adalah bebas daripada sebarang penyakit dan selamat untuk dimakan," katanya.
Menurut jabatan itu, BSE terbahagi kepada Classical BSE yang berlaku melalui penggunaan makanan atau produk makanan yang dicemari prion (pengumpulan protein yang tidak normal), Atypical BSE jenis H dan Atypical BSE jenis L yang masing-masing berlaku secara semula jadi pada ternakan tua.
"Hanya Classical BSE yang boleh menyebabkan penyakit Varian Creutzfeldt-Jakob (vCJD) pada manusia yang memakan daging atau produk makanan yang tercemar dengan prion.
"Atypical BSE jenis H dan L tidak menyebabkan sebarang penyakit kepada manusia," menurut DVS.
BSE merupakan penyakit kronik pada lembu yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menunjukkan tanda dan ia pertama kali dikesan di United Kingdom pada 1986.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BSE
#daging import
#penyakit manusia
#Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan